Seni & Sukan 14 Feb, 2021

PKPD di empat kampung di Hulu Besut! 13 jalan tikus, satu jalan utama ditutup! 3 SJR diadakan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Abd Rozak Mohammad (berbaju-T biru) memantau kerja-kerja memasang kawat duri di Kampung Padang Baloh, Mukim Pasir Akar, Hulu Besut pada 13 Februari 2021.


PASUKAN keselamatan memperketatkan pergerakan penduduk empat kampung dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Terengganu selepas kampung terbabit kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa jam 12.01 pada Ahad 14 Februari 2021.

Empat kampung terbabit ialah Kampung Darau, Kampung Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepang Kejor.

Susulan itu, sebanyak 13 jalan tikus dan satu jalan utama yang menghubungkan Bandar Jertih – Keruak, Hulu Besut dututup kepada semua orang awam.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Hulu Besut:

https://kitareporters.com/search?search=Hulu+Besut



Abdul Rozak Muhammad


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, bagi laluan utama pihaknya mengadakan tiga sekatan jalan raya iaitu di Kampung Lepang Kejur, Cegar Batang dan Telaga Nibong.

Katanya, semua jalan tikus yang berada dalam lokaliti empat kampung terbabit kini ditutup dengan kawat duri bagi menghalang penduduk keluar masuk ke kawasan lain.


Abd Rozak turun padang membuat pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Cegar Batang, Pasir Akar.


Abdul Rozak berkata, seramai 58 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Rela ditugaskan sepanjang pelaksanaan PKPD di kawasan itu yang dijadualkan berakhir pada 27 Februari 2021.

Katanya, tindakan menutup laluan keluar masuk penduduk bukan untuk menyusahkan lebih 2,000 penduduk terbabit tetapi bagi tujuan keselamatan kerana kampung berkenaan  berisiko jangkitan tinggi.



Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu pada Jumaat 12 Februari 2021, berkata keputusan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti itu berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung situasi jangkitan COVID-19 di tiga kampung berkenaan.

Abdul Rozak berkata, penduduk yang berada di kampung berhampiran tidak terlibat dengan kawasan PKPD disarankan menggunakan laluan alternatif untuk keluar ke bandar Jertih.


Pasukan keselamatan memasang kawat duri melibatkan 13 jalan tikus di Mukim Pasir Akar,Besut 


Katanya, antara laluan alternatif menggunakan laluan Kampung Oh seterusnya ke Jabi dan menghala ke Jertih atau laluan Padang Tapung ke Pelagat seterusnya ke Jertih.

"Kita akui laluan alternatif agak jauh untuk penduduk terutama sekitar Pasir Akar, Keruak tetapi untuk sementara waktu kerana kawasan PKPD akan ditutup sepenuhnya sepanjang pelaksanaannya nanti," katanya. - KItaReporters


 

12
8
8
2
4
You will be interested