SEBUAH sekolah dan Kuarters Perumahan Guru di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di Gerik, Perak dikunjungi tetamu tidak diundang yang merupakan seekor gajah, baru-baru ini. Kehadiran hidupan liar yang belum dikenal pasti jantinanya itu menyebabkan sebuah rumah penduduk rosak dan pagar Kuarters Perumahan Guru rosak akibat dimasuki gajah yang tersesat itu. : KitaReporters
Seekor gajah memasuki kawasan sekolah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di Gerik, Perak baru-baru ini.
Kelibat haiwan itu berjaya dirakam oleh penghuni kuarters berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi pada Sabtu 14 Mac 2020 selepas haiwan berkenaan memasuki kawasan tersebut dengan merobohkan pagar.
Difahamkan,
rumah penduduk itu rosak setelah pokok kelapa berhampiran tumbang
'ditolak' gajah hingga menjejaskan struktur bumbung.
Keadaan pagar kuarters guru di
Rancangan Penempatan Semula
(RPS) Kemar di Gerik, Perak yang dirobohkan oleh seekor gajah.
Seorang
saksi yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila melihat objek
besar itu sebelum menyedari ia adalah seekor gajah.
Katanya,
'pertemuan' kali pertama dengan hidupan liar itu menyebabkan dia
gementar, tambahan lagi apabila melihat belalai gajah itu boleh mencapai
tingkat satu rumahnya.
"Gajah
ini mula melawat di sini selama tiga hari berturut-turut. Bimbang juga
nak keluar rumah meskipun ia hanya datang pada waktu malam," katanya.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Salbiah Mohamed berkata, isu
kehadiran gajah bukanlah isu baru dan semua sedia maklum kawasan itu
merupakan habitat asalnya yang berkongsi dalam satu penempatan yang
sama.
"Masalah yang
dihadapi 15 kampung rangkaian dalam RPS Kemar melibatkan kira-kira 6,000
penduduk itu adalah gajah yang selalu masuk dan memusnahkan tanaman,"
katanya.
Keadaan rumah penduduk di
Rancangan Penempatan Semula
(RPS) Kemar di Gerik, Perak yang terjejas.
Sementara itu,
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kakitangannya telah
melakukan tinjauan di lokasi kejadian dan menilai kerosakan yang
berlaku.
"Hasil pemantauan yang dilakukan mendapati tiada kerosakan serius berlaku.
"Pihak
kami akan cuba dapatkan peruntukan untuk beli pagar elektrik mudah
alih kerana alatan itu adalah yang terbaik dan sesuai untuk dipasang di
lokasi tersebut," katanya. - KitaReporters