MALAM tadi, 20 November 2020 telah bermula secara rasminya separuh akhir Muzik Muzik ke-35 di mana 32 lagu dipertandingkan dan hanya 12 buah lagu yang akan layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL). Malam tadi, sebanyak 11 lagi telah 'perform' tetapi apa yang mencuri perhatian adalah pemilihan lagu Hati nyanyian Hael Husaini selaku lagu terbaik pada separuh akhir pertama. : KitaReporters
Kredit foto: TV3 Malaysia
Lagi kisah-kisah berkaitan TV3:
https://kitareporters.com/search?search=TV3
Ia secara tidak langsung telah mengundang pelbagai kritikan dari netizen.
Mereka mempersoalkan kemenangan ini dan adakah kontroversi AJL setiap tahun akan berulang. Come on juri!!!! Tak kan bias kot!!!
Kredit TV3 Malaysia
Sekiranya anda melihat persembahan 11 buah lagu malam tadi (20 November 2020), kemarahan netizen ini memang patut kerana pada penulis terdapat lagu lain yang semestinya lebih layak menjadi lagu terbaik pada separuh akhir pertama Muzik-Muzik ke-35.
Kemenangan ini sedikit sebanyak membuka ruang untuk lagu ini layak ke AJL35 pada 2021.
Seperti yang kita semua ketahui, AJL ini adalah pertandingan yang lebih tertumpu pada lirik dan persembahan dianggap bonus sahaja.
Pada malam akhir AJL itu, hanya persembahan dan vokal terbaik sahaja yang dicari.
Muzik-Muzik ke-35 akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut dari 20 hinga 22 November 2020 dan keputusan penuh siapa yang akan layak ke final akan diketahui pada malam terakhir.
Kepada juri, sila pilih lagu yang benar-benar layak dan bagi mereka yang perform lebih daripada 1 lagu, beri keutamaan kepada orang lain untuk mara ke pusingan akhir!!!!! - KitaReporters