Seni & Sukan 26 May, 2022

Tahniah Siti Rahmah! Pesilat wanita Terengganu terima anugerah geran tanah! 1 lot tanah di Setiu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


KEGEMBIRAAN jelas terukir pada wajah atlet pesilat wanita Terengganu apabila beliau dapat mengenggam geran satu lot tanah sebagai ganjaran di atas kejayaan beliau meraih pelbagai kejayaan dalam sukan berkenaan.

Siti Rahmah Mohamed Nasir berkongsi kegembiraan tersebut apabila Kerajaan Negeri Terengganu menghadiahkan satu lot tanah di daerah Setiu sebagai penghargaan kepada pesilat wanita tersebut yang banyak mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan silat. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan atlet-atlet

Siti Rahmah menerima geran tanah daripada Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


Siti Rahmah Mohamed Nasir menunjukkan geran tanah yang diterima daripada Kerajaan Negeri Trengganu


Lebih manis kenangan tersebut apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan sendiri geran berkenaan kepada Siti Rahmah dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Siti Rahmah merupakan anak jati Terengganu yang banyak mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan silat. Antara pencapaian beliau ialah pesilat terbaik Open Belgium Championship Pencak Silat.

Selain itu dalam temasya sukan SEA 2015 dia turut menerima anugerah pesilat terbaik, Anugerah Olahragawati Terengganu 2015, Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2016 dan Anugerah Tun Fatimah.

Terkini, beliau telah berjaya merangkul pingat perak dalam temasya sukan SEA 2021 di Hanoi dalam acara pencak silat.


Dr Ahmad Samsuri memperkatakan sesuatu kepada Siti Rahmah


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pemberian satu lot tanah di Setiu itu merupakan satu pengiktirafan buat Cik Siti Rohmah atas pencapaian beliau, sekali gus akan memberikan lebih semangat untuk terus mencapai kemenangan.

“Kerajaan negeri amat prihatin dan sentiasa mengambil berat terhadap atlet negeri ini terutama kepada mereka yang  menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan masing-masing dengan memberikan pelbagai hadiah dan ganjaran,” katanya. - KitaReporters


Wan Sukairi Wan Abdullah


Wan Sukairi menunjukkan lokasi tanah yang tercatat dalam geran yang dihadiahkan kepada Cik Siti Rohmah

 

12
15
2
15
0
You will be interested