Seni & Sukan 09 Jun, 2022

Anda ada perabot pejabat terpakai yang hendak dilupuskan? Buat seperti Siemens! Boleh didermakan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


SIEMENS dengan kerjasama Medical Awareness Camp Outreach (MACO) telah mendermakan perabot terpakainya yang dirancang untuk dilupuskan kepada sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan

Sumbangan tersebut dilakukan menerusi Projek Pemerkasaan Komputer (Computer Empowerment Project atau CEP) MACO, yang bermatlamat untuk melengkapkan sekolah-sekolah dan NGO yang memerlukan dengan bekalan peranti-peranti teknologi.  

Menurut satu kenyataan media pada 8 Jun 2022, Siemens juga menyumbangkan wang sebanyak RM50,000 kepada inisiatif CEP itu bagi membantu MACO mendirikan makmal-makmal komputer di pelbagai sekolah yang mempunyai ramai murid daripada keluarga berpendapatan rendah

Ia sebahagian daripada usaha Siemen bagi membantu murid-murid B40 mengakses pendidikan tinggi.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan barang-barang terpakai

Pelajar-pelajar di SJK (C) Cheroh dan makmal baharu komputer mereka.


Pada peringkat permulaan pandemik dahulu, Siemens menyumbangkan komputer-komputer riba terpakai bagai membantu murid-murid B40 mengikuti kelas dalam talian

Sumbangan wang tunai dan perabot terpakai ini satu usaha berterusan bagi membantu murid-murid yang kurang bernasib baik

Bencana banjir yang berlaku pada awal tahun ini menyerlahkan kekangan peruntukan yang dihadapi banyak sekolah dalam mendapatkan kelengkapan pembelajaran yang diperlukan

Lebih 300 buah sekolah terkesan dengan banjir tersebut, dan mereka tidak mampu untuk menggantikan perabot-perabot penting yang rosak

Situasi ini amat menyukarkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman seperti di Pulau Carey. Justeru, sumbangan perabot-perabot pejabat Siemens yang tidak digunakan, membantu menyelesaikan masalah ini, menurut kenyataan itu lagi. 


Pelajar-pelajar SJK (C) Sungai Buloh dan makmal baharu komputer mereka.


Perabot-perabot yang didermakan terdiri daripada kerusi, meja, dan almari, yang bernilai kira-kira RM25,000

Sebahagian besar daripadanya digunakan bagi mendirikan makmal-makmal komputer, sejajar dengan inisiatif CEP untuk mendayaupayakan murid-murid agar lebih fasih teknologi dan bersedia untuk masa hadapan

Sebahagian perabot juga akan disalurkan kepada NGO yang disokong oleh MACO, seperti The Inclusive Outdoor Classroom (IOC), Jireh Charity Village, dan Children Training Centre

Siemens, bersama-sama MACO, merayu syarikat-syarikat korporat lain agar menyumbangkan perabot-perabot mereka yang tidak lagi digunakan kerana ia berpotensi besar bagi membantu sekolah-sekolah dan NGO yang kekurangan peralatan-peralatan penting ini

Ia bukan sahaja akan membantu murid-murid belajar dalam persekitaran yang lebih baik, tetapi ia juga akan mengurangkan pembaziran dan membantu syarikat-syarikat korporat untuk mengitar semula perabot mereka dan mengurangkan pembuangan sisa di tapak-tapak pelupusan.  


MACO and Siemens Malaysia mewujudkan sebuah makmal komputer di SJK (T) Ladang Sg Rambai, Bestari Jaya, Selangor.


Pada masa ini, terdapat pelbagai perabot yang tidak digunakan di pejabat-pejabat memandangkan terdapat banyak syarikat yang masih melaksanakan model bekerja dari rumah secara hibrid. Justeru, perabot-perabot ini boleh dimanfaatkan sekolah-sekolah, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil yang berdepan masalah kekurangan peruntukan.  

Sehingga kini, MACO telah memanfaatkan sumbangan dana Siemens bagi mendirikan makmal-makmal komputer di sekolah-sekolah berikut: 

• SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Kecil, Nibong Tebal, Kedah 

• SJK (C) Cheroh, Raub, Pahang 

• SJK (C) Lanchang, Pahang 

• SJK (C) Sungai Buloh, Sungai Siput Utara, Perak 

• SJK (T) Ladang Sg Rambai, Bestari Jaya, Selangor 

• SJK (T) Pulau Carey Barat 

Menurut kenyataan media terebut, projek ini akan berterusan sepanjang 2022 sebagai sebahagian daripada usaha untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Siemens. - KitaReporters


15
10
0
14
0
You will be interested