PELAKON dan penyanyi Nur Fazura Sharifuddin, 38, adalah antara selebriti yang mampu menceburi bidang perniagaan dengan jayanya.
Pada, Jumaat, 25 Februari 2022, isteri kepada pelakon, Fattah Amin,31, ini melancarkan koleksi tudung terbaharu dengan mendapat sambutan luar biasa dan habis dijual dalam masa yang singkat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Fazura
Fazura berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram @tudungfazuraofficials serta meluahkan rasa syukur dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan.
Berita mengenai perkara itu turut dikongsikan oleh netizen yang mengatakan Fazura meraih sebanyak RM5.4 juta daripada jualan tudung berkenaan.
Harga itu dianggap munasabah kerana banyak selebriti yang menjual tudung pada harga lebih mahal, melebihi harga RM100 dengan hanya mencatatkan nama selebriti itu.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diterima pelakon itu dan ada yang meluahkan rasa sedih tidak berkesempatan untuk mendapatkan koleksi tudung terbaharu itu. - KitaReporters