Seni & Sukan 18 Feb, 2022

Video| Apa sudah jadi! Penduduk rampas jenazah! Tak mahu dikebumikan sebagai pesakit Covid-19!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BEBERAPA petugas sedang mengusung keranda jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di tanah perkuburan Dusun Ani, Desa Loki di Kecamatan Huamuai, Maluku. - Kredit foto: Kompas.com


WARGA Dusun Ani, Desa Loki di Kecamatan Huamuai, Kabupaten Seram di bahagian barat Maluku bertindak membaling batu ke arah beberapa petugas kesihatan yang hendak melakukan usaha pengebumikan jenazah pesakit Covid-19 mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) di tanah perkuburan di kampung itu pada 14 Februari 2022 lalu.

Selain itu, penduduk tersebut turut merampas keranda jenazah yang dibawa oleh petugas terbabit dari Hospital Daerah Piru, Seram Bagian Barat untuk dikebumikan oleh keluarga mangsa sendiri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan upacara pengebumian

BEBERAPA warga memegang keranda jenazah kerana tidak mahu petugas kesihatan mengkebumikan jenazah itu mengikut SOP. - Kredit foto : Kompas.com



Tindakan itu kerana mereka percaya pesakit yang bernama La Umu Basir, 62, meninggal dunia bukan disebabkan positif Covid- 19 sebaliknya mangsa menghidapi penyakit pendarahan otak

Rakaman video memperlihatkan ketika keranda jenazah yang dibawa oleh petugas terbabit bersama anggota polis tiba di tanah perkuburan berkenaan, penduduk kampung telah menghalangkan mereka untuk mengkebumikan jenazah La Umu.

Seorang wanita dipercayai isteri La Umu dilihat menangis sambil tangannya memegang keranda suaminya kerana tidak membenarkan jenazah itu dikebumikan oleh petugas berkenaan

Petugas yang membawa keranda jenazah itu akhirnya terpaksa mengalah dan meninggalkan keranda itu yang tidak sempat dikebumikan selepas beberapa penduduk bertindak membaling batu ke arah mereka


 


kredit foto : Kompas.com


Memetik laporan CCN Indonesia pada 16 Februari 2022 lalu, tindakan warga Dusun Ali serta ahli keluarga La Umu sedemikian kerana mereka percaya bahawa mangsa sebelum dihantar ke hospital bukan disebabkan positif Covid-19.

Tetapi mangsa adalah menghidapi penyakit pendarahan otak yang pernah dia mendapat rawatan di hospital yang sama .

“Warga percaya sebelum kejadian itu, La Umu tidak pernah pergi ke mana-mana atau keluar dari kampungnya kecuali dia setiap hari pergi ke kebunnya.

“La Umu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia secara tiba-tiba terjatuh di rumahnya dan selama beberapa hari dirawat di hospital dan doktor mengesahkan dia positif Covid-19 sehinggalah dia meeninggal dunia pada 14 Februari 2022,’’ kata Anwar, salah seorang ahli keluarga mangsa.


 


PENDUDUK kampung yang hadir ketika jenazah La Umu Basir dikebumikan. - kredit foto : Kompas.com


Sementara itu, Pegawai Pasukan Petugas Percepatan Penanganan Covid-19 Wilayah Maluku, Dr. Adonia Rerung mengesahkan bahawa kakitangan terbabit dihalang oleh penduduk ketika mereka hendak mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 itu di tanah perkuburan tersebut.

“Iya ada benar berlaku kekecohan antara petugas dengan penduduk kampung dan petugas kami telah dilempar batu oleh warga," tambahnya

Menurutnya lagi, warga marah kerana tidak mahu kakitangan dari hospital itu mengebumikan jenazah pesakit Covid-19, sebaliknya mereka termasuk ahli keluarga berkenaan mahu upacara pemakaman sendiri.

“Pesakit (La Umu) dirawat di hospital akibat sakit pendarahan otak dan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Rerung.

“Ketika pesakit itu mula masuk hospital, dia diswab (calit) dengan antigen sebagai syarat setiap pesakit untuk dirawat di hospital dan swab (calitan) antigen untuk memastikan setiap pesakit bebas daripada gejala Covid-19,” katanya.

Rerung berkata, semua pesakit yang berisiko tinggi termasuk pendarahan otok dikenakan swab antigen dan hasil ujian swab antigen mendapati La Umu positif Covid-19. - KItaReporters



Kredit foto : Kompas.com


8
15
0
11
0
You will be interested