Seni & Sukan 19 Jan, 2022

Video| Como Challenge! 951 peminat sukan basikal di Hulu Terengganu! Cabaran pendakian berliku!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


KEJOHANAN Como Challenge 2022 berlangsung di daerah Hulu Terengganu pada 15 Januari 2022 berjaya menarik seramai 951 penyertaan terdiri daripada pelumba basikal amatur serta atlet profesional.

Menawarkan cabaran perlumbaan berbasikal intensiti tinggi dengan laluan pendakian berbukit, ia sekali gus sebagai satu penanda aras serta antara penganjuran lumba berbasikal terbesar dalam negara.

Como Challenge merupakan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu melibatkan dua kategori jarak kayuhan iaitu 50 kilometer (km) serta 25km dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) selaku pengurus acara.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan basikal



AHMAD AZIZI ZULKIFLI


Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Ahmad Azizi Zulkifli berkata, penganjuran sukan berbasikal berkenaan secara tidak langsung memperkenalkan produk-produk pelancongan di daerah itu kepada pelumba basikal.

“Penganjuran ini sebenarnya acara yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2021. Sasaran penyertaan cuma sekitar 500 hingga 600 peserta sahaja, tidak sangka ia melebihi jangkaan hingga hampir cecah 1,000 orang.

“Kehadiran pelumba dari seluruh pelosok tanah air menyertai kejohanan berbasikal di daerah ini sedikit sebanyak juga membantu mempergiatkan lagi ekonomi komuniti setempat. Orang-orang kampung turut peroleh manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Como Challenge 2022 di Dataran Kuala Berang yang disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.


Rosol Wahid (dua dari kanan) sewaktu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Como Challenge 2022 di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu. - Kredit foto: FB Majlis Sukan Negeri Terengganu



Kejohanan  melibatkan sembilan acara dipertandingkan itu disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu.

Katanya lagi, cabaran pendakian berl menjadi tarikan para pelumba untuk beraksi bagi menguji kemampuan serta kemahiran mereka dalam lapangan sukan berbasikal.

“Jarak enam kilometer terakhir satu pendakian yang cukup mencabar kerana laluan yang agak tinggi, berbukit serta cukup beralun. Semua itu bagaikan ujian kemahiran untuk setiap para pelumba,” ujarnya.



Peserta berdepan cabaran laluan pendakian berbukit.


Sementara itu, dua kategori jarak kayuhan melibatkan sembilan acara dipertandingkan ialah Master B-46 ke atas, Hulu Terengganu Close, MTB Open, MTB Master 40 ke atas dan Funride 25km bagi jarak 25km melibatkan laluan Kuala Berang- Sungai Como.

Manakala, acara dipertandingkan bagi laluan 50km melibatkan laluan bermula daripada Kuala Berang-Kuala Ping dan Sungai Como membabitkan kategori Elit, Open, Master A 38 hingga 45 tahun serta Men 23. - KitaReporters



Kredit foto: FB Majlis Sukan Negeri Terengganu

17
11
0
8
0
You will be interested