Seni & Sukan 20 May, 2020

Bila beli online, ayah kena buli ambilkan barang setiap hari

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SEPERTI saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin kita perlu bersedia berdepan dengan 'new norma' atau norma bahahru dalam kehidupan seharian kita apabila banyak perkara yang berubah sejak berlakunya pandemik COVID-19. Antaranya membeli barangan secara dalam talian. Bermulanya musim PKP, order dalam talian meningkat berlipat kali ganda. Huhh, untung syarikat penghantaran kali ini. : KitaReporters


Jika bulan Ramadan sebelum ini kita banyak ke bazar atau pusat beli-belah untuk membeli tetapi lain pula kali ini apabila kita banyak menggunakan perkhidmatan pembelian dalam talian.

Haa.. bila dah beli online ni, mulalah main tekan-tekan sahaja apa yang hendak dibeli terutama bagi kaum Hawa. Ehh, tak nak ngaku pula!!!! 

Maklumlah semudah ABC beli dalam talian ini.

Kredit video JC @frhtkh


Pemilik akaun Twitter, JC @frhtkh telah berkongsikan satu video di mana keluarga mereka boleh dikatakan setiap hari ada saja barang sampai.

Apa yang menarik dalam video ini adalah gelagat ayahnya yang seakan-akan cuba meluahkan perasaan apabila sering 'dibuli' oleh ahli keluarganya.


''Assalamualaikum, dia lari... assalamualaikum dia lari... berapa ringgit dik, 23.... bayarlah dulu" ayah JC. 

Namun begitu, apa yang diperkatakan oleh ayahnya itu dilihat lucu serta membuatkan anak perempuannya ketawa.

Bukan saja anaknya, yang tonton video ini pun turut ketawa. Ini baru betul, keluarga bahagia!!! 

Jika dilihat apa yang diperkatakan oleh ayahnya di hujung video ini, nampak gaya selepas ini setiap kali dengar orang bagi "Assalamualaikum," ada yang akan lari masuk bilik air!!!!

Gelagat ayahnya yang diihat 'sporting' itu turut menghiburkan para netizen dan mereka juga berkongsi pendapat mengenai video ini. 







Video berdurasi hanya 32 saat itu telah ditonton lebih 430,000 kali dan menerima hampir 36,000 tanda suka setakat 6 pagi, Rabu, 20 Mei 2020.

Tapi bukan ayah JC @frhtkh sahaja yang stres dan penat!! 

Banyak ayah di luar sana yang juga "nak lari" bila loceng pintu pagar atau pintu rumah berbunyi atau ada orang beri salam: "Assalamualaikum." Lari!! - KitaReporters

1
0
0
6
0
You will be interested