Seni & Sukan 04 Oct, 2021

Menabung hari-hari buahkan hasil! Suami isteri penjaja kecil bawa 9 balang duit! Beli tunai SUV!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.

Akhirnya kereta impian berjaya dimiliki pasangan suami isteri ini. - Kredit foto: wiki


PASANGAN suami isteri yang merupakan penjual kaki lima di kota Makassar, Sulawesi Barat mempunyai impian untuk memiliki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush

Menurut agensi berita Antara, Asriadi Syamsuddin dan Ratna dari Pajenekkang, Kecamatan Bontoala berkunjung ke sebuah showroom di Makassar pada Isnin, 27 September 2021 lalu dan melihat kereta versi pilihan mereka berharga Rp271 juta rupiah (kira-kira RM80,000).

Mereka bertanya kepada pihak pengedar sama ada sedia menerima duit tunai.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kereta SUV


Asriadi dan Ratna membawa balang air mineral mengandungi kepingan wang syiling untuk dikira. - Kredit foto: AntaraNews


Pihak pengurusan tidak keberatan walaupun ia merupakan kes pertama pelangan membeli secara tunai. Selama ini pembayaran dilakukan melalui pinjaman bank atau bayaran melalui cek.

Apa yang mengejutkan pasangan suami isteri ini menggunakan wang tabung yang disimpan di rumah sejak tiga tahun lalu bagi membuat pembayaran pada Selasa, 28 September 2021.

Pasangan suami isteri ini meminta beberapa rakan membawa tabung bekas air mineral itu ke showroom itu. Wang itu adalah duit syiling dan wang kecil lebihan hasil jualan.

Sebanyak Rp55 juta duit syiling disimpan dalam 9 balang plastik air mineral dengan pecahan Rp500 dan Rp1,000. Sementara wang kertas kecil bernilai Rp2,000 disimpan dalam beberapa beg kertas karbod.

Kesemuanya bernilai Rp160 juta (kira-kira RM48 ribu). Kedua-duanya membawa duit itu ke showroom berkenaan.


Kredit foto: AutoBuzz


Pihak pengurusan terkejut namun tetap menerima bayaran sedemikian dan mengarahkan beberapa pekerja turut mengira. Dan ia mengambil masa beberapa jam untuk selesai mengira.

Harga sepenuhnya kereta idaman mereka dibayar secara tunai dengan wang dalam nilai besar.

Tiga hari kemudian setelah urusan pendaftaran selesai, pasangan suami isteri ini menayang kereta impian mereka kepada rakan-rakan peniaga.

Kedua-duanya memperlihatkan betapa pentingnya menabung walaupun jumlahnya kecil dan berguna ketika keadaan memerlukan. - KitaReporters


.

Pekerja showroom turut membantu mengira wang syiling yang dibawa. - Kredit foto: AntaraNews
15
14
0
5
1
You will be interested