Seni & Sukan 12 Mar, 2024

Video| Kongsi kebahagiaan anak-anak! Ada spoil mood! Tanya pasal ayah mereka! Rita Rudaini tak layan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Kadang-kadang penulis tak faham kenapa ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan pelakon popular, Rita Rudaini. Ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka mengenai pelakon dari Perlis ini. Padahal, Rita merupakan contoh ibu tunggal yang bekerja membesarkan anak-anak.

Kecekalan membesarkan anak-anak seorang diri, bukan perkara mudah. Mambanting tulang siang malam mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak supaya mereka menjadi insan berguna pada bangsa dan negara. 

Tabik kepada Rita Rudaini!



Mungkin kerana Rita seorang figura dikenali ramai membuatkan ada pihak yang cemburu. Setiap kali dia berkongsi momen indah bersama anak-anak dalam media sosial, ada sahaja netizen bermulut lancang meninggalkan komen jahat atau provokasi. Macam sengaja memancing perhatian Rita.

Contohnya pada 9 Mac 2024 lalu, Rita berkongsi video detik-detik indah bersama anak-anaknya. Menurut Rita, kebahagiaan anak-anak adalah kebahagiannya.

“Bagi anak-anak bahagia, insya-Allah kita akan bahagia. Unconditional love,” tulisnya.



Rata-rata netizen turut sama merasai kebahagiaan yang dikongsi itu. Ada juga yang kagum melihat kecekalan dan kekuatan Rita sehingga mampu membawa anak-anak bercuti ke merata tempat. 

“Salute sis. Dengan usaha sendiri dapat bawa anak-anak terbang merata-rata, umrah, Sabah, London, Paris. What next sis,” tulis salah seorang netizen.



Detik-detik kebahagian yang dikongsi itu dirosakkan (spoil mood) oleh seorang individu yang tiba-tiba bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Soalan yang boleh mengundang kemarahan Rita.

"Anak-anak takde tanya pasal ayah dia ke?," tanya individu berkenaan.



Kontroversi antara Rita dan bekas suami yang juga bapa kepada anak-anaknya, Mohamad Aidil Zafuan masih lagi diperkata. Adakalanya ia berpunca daripada netizen yang suka mengungkit dan suka menyibuk. 

“Dah 2024 dah. Netizen tak payah dok buat terpaling tahu. Jaga sensitiviti orang. Kalau tak tahu jangan buat palatau. Baca dulu buku ni sebelum nak komen. 

"Takat modal air liur dah kasihan, dah terpaling sedih, sesiapapun boleh. Sudah-sudahlah tu. Kami bertiga dah cukup tenang. Anak-anak sis pun pakat-pakat dah tumbuh misai dah pun. Haishhhh, tak duduk tempat kami senanglah cakap. Lebih baik diam saja dan jangan tambah beban orang.

“Apapun, saya tidak reda dengan atas segala penghinaan dan penganiayaan ke atas kami selama ini. Biarlah Allah yang selesaikan,” tulis Rita. - KitaReporters


20
11
0
11
0
You will be interested