Seni & Sukan 20 Jan, 2024

Video| Berjoget dengan baby bump! Uqasha Senrose kena hentam dalam IG! Dituduh tiada sifat malu!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan suami, Kamal Adli kerana bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Uqasha menerusi media sosial telah berkongsi khabar gembira itu buat semua peminatnya pada 14 Januari 2024 lalu setelah pernah mengalami keguguran tidak lama dahulu.

Justeru, kehamilan ini adalah yang ditunggu-tunggu. Jelas terpancar wajah gembira dan syukur Uqasha. 

Pasangan suami isteri manalah yang tidak gembira saat mendapat tahu bakal menimang cahaya mata pertama. Rata-rata rakan artis dan peminat berderu-deru mengucapkan tahniah.



“Syukur ya Allah. Alhamdulilah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha. Nervous dari nak jadi isteri dan sekarang nervous untuk jadi ibu pula. 

"Ramai tanya kenapa Qasha tak jawab-jawab sebab dah gugur. Jadi Qasha takut jadi biarlah daripada Qasha sendiri yang cakap.

“Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Amin, terima kasih banyak untuk yang mendoakan. Jodoh ajal maut rezeki semua daripada Dia. 

"Bila bakal nak jadi ibu ni, baru tahu dan rasa yang comel ke cantik ke semua tu tak penting tapi yang paling penting kesihatan dan sempurna cukup sifat itu je. Doakan Qasha,” tulisnya.



Dek kerana teruja dan gembira dengan kehamilan tersebut, Uqasha berkongsi pula videonya berjoget bersama baby bump beberapa hari selepas itu dalam Instagramnya (IG). 

Dalam video tersebut kelihatan dia memakai baju berbelang hitam putih. Jelas kelihatan baby bump kerana baju yang dipakainya itu agak ketat.

“Tiada siapa yang boleh membahagiakan anda sehingga anda bahagia dengan diri sendiri dahulu,” tulisnya dalam IG.

Video berkenaan telah mendapat reaksi kurang baik daripada para pengikutnya di IG. Rata-rata tidak suka cara pelakon tersebut melampiaskan rasa gembira dengan kehamilan itu. 

Mereka mendakwa tarian tersebut tidak senonoh dan hilang sifat malu sebagai seorang wanita kerana mendedahkan baby bump.


“Kita pula yang malu tengok. Masa kita dulu, selagi boleh tutup, kita tutup. Semoga yang baik-baik sahaja buat Uqasha dan baby,” tulis salah seorang netizen.

Manakala seorang lagi berharap Uqasha bersyukur dan tidak melakukan perkara (berjoget) tersebut kerana ia sangat memalukan.

“Allah dah bagi rezeki. Janganlah awak berjoget macam itu. Malu dik. Dengan perutnya. Rezeki Allah tu,” tulisnya.



Dalam perkembangan terbaharu, Uqasha dilihat sudah memadam hantaran tersebut di IG. Namun video yang sama masih kekal dikongsi dalam TikTok milik Uqasha. 

Peliknya, dalam TikTok, dapat dilihat para pengikutnya lebih terbuka dan tidak mengecamnya. - KitaReporters

10
10
0
17
0
You will be interested