Memiliki keunikan adalah sesuatu yang harus dibangga, bukan memalukan walaupun ia mungkin dianggap janggal oleh pihak lain. Demikian pandangan gadis rupawan, Nurnazrah Samat, 21, yang tinggal di Kluang, Johor
Nurnazrah atau panggilannya Nazrah yang bekerja sebagai ejen hartanah kini semakin popular setelah memuat naik sejumlah video memperlihat suara uniknya dalam TikToknya @harszanjualrumah sejak 30 Disember 2023.
Gadis berpenampilan menarik tetapi bersuara seperti lelaki
Ada videonya yang sudah ditonton di antara 2 juta hingga lebih 5 juta kali menjadikan video Nazrah antara yang paling banyak ditonton dalam masa singkat dalam TikTok.
Populariti ditambah lagi setelah dia muncul dalam siaran Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada 2 Januari 2024 dan Radio Hot FM.
Ketika membuat kontens dalam TikTok, ramai netizens yang beranggapan Nazrah mengguna filter membuat suaranya garau seperti suara lelaki.
Nazrah bersama ibu bapa
Malah ada yang menganggap Nazrah adalah seorang pondan.
Bagi menjawab kegusaran orang ramai, Nazrah memuat naik video pada 30 Disember 2023 lalu bagi menjawab semua keraguan.
Dalam video itu, Nazrah membuktikan dirinya wanita asli dengan menunjukkan foto-foto sejak kecil hingga dewasa. Dia juga menunjukkan foto keluarga di mana dia selalu memakai hijab.
Nazrah turut memperlihat kad pengenalan sebagai membuktikan dia memang seorang wanita.
Menurut Nazrah, suaranya berubah garau seperti suara lelaki sejak berusia 18 tahun. Proses ‘pecah suara’ itu bermula sejak berusia 17 tahun.
Dia pernah membuat rawatan namun doktor namun tidak menemui masalah pada pita suaranya. Jadi dia pasrah menerima pemberian Allah SWT dengan lapang dada.
Nazrah menjangka suaranya menjadi parau mungkin kerana dia suka bernyanyi dengan suara tinggi dan menjerit. Nazrah kini tidak menghiraukan kritikan orang ramai kerana yang penting baginya ialah ada suara dan boleh bercakap.
Dan dia bersyukur kerana rakan-rakan dan keluarga dapat menerima keunikannya.
Tambahnya ‘suara jantan’nya dapat membantu keselamatannya. Dia tidak takut diganggu ketika menaiki motosikal pada sebelah malam. Dia akan mengeluarkan suara garau jika ada lelaki cuba menganggunya.
Nazrah bangga kerana memiliki ibu bapa angkat, Zawiyah Hasim, 58, dan Abd Samat Abd Sawab, 60, yang mengenali dirinya sejak kecil.
Dia diambil sebagai anak angkat sejak berusia dua tahun dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang.
Menyentuh soal jodoh, Nazrah belum memikir ke arah itu. Namun Nazrah berharap akan mempunyai suami yag dapat menerima ‘kelainan’ yang dimilikinya. - KitaReporters