Seni & Sukan 08 Dec, 2022

Video| Zamani dah boleh buat show! Dah okey, boleh menegak! Tapi perlu berehat lagi! Aznil terharu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

ZAMANI ‘Slam’ Ibrahim, 51, sudah mendapat beberapa tawaran untuk menyanyi selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, Kuala Lumpur pada 7 November 2022 lalu. 

Bagi memastikan kesihatannya sudah pulih sepenuhnya, Zamani menerima tawaran menyanyi pada satu show di salah sebuah Datum Mall di Kuala Lumpur  pada hujung minggu lalu.

Ia dirakam oleh personaliti terkenal, Aznil Nawawi dan dimuat dalam laman sosialnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Zamani Slam



Aznil menitis air mata dan menyatakan rasa terharu dengan perubahan memberansangkan Zamani selepas menjalani pembedahan.

Aznil terharu kerana dia adalah antara individu yang mengerakkan dana rawatan untuk Zamani sehingga berjaya mengumpul sekitar RM120,000.


Zamani menghiburkan orang ramai sebagai percubaan bagi memastikan kecergasannya


Selepas mengadakan persembahan, Zamani menyatakan masih ada kesan dialami dan mengambil keputusan untuk terus berehat untuk beberapa waktu lagi walaupun sudah boleh menyanyi tegak tetapi cepat penat

Bagaimanapun dia berterima kasih atas doa orang ramai dan memberi sokongan terhadap persembahannya.

Doktor memaklumkan Zamani akan pulih dan boleh aktif semula dalam masa tiga bulan bergantung kepada kekuatan antibodi

Penyanyi kumpulan Slam ini juga perlu menjalani fisioterapi dua kali seminggu. - KitaReporters


Zamani berjalan pulang setelah melakukan pembedahan

9
14
0
13
0
You will be interested