ARGENTINA menutup saingan Piala Dunia Qatar 2022 dengan menjulang trofi tersebut selepas menundukkan Perancis 4-2 dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung di Lusail Iconic Stadium pada 18 Disember 2022.
Dalam perlawanan akhir itu, ia berlangsung dengan penuh dramatik dan berbalas-balas jaringan untuk mencatat keputusan 3-3 dalam 120 minit permainan berlangsung.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia 2022
Ia juga merupakan kemenangan sangat penting bagi ketua pasukan mereka, Lionel Messi setelah beberapa kali mencubanya termasuk di pentas akhir 2014 sebelum tewas pada German ketika itu.
Perancis yang juga merupakan juara bertahan turun untuk memenangi piala secara dua kali berturut-turut namun mereka menghadapi lawan yang kuat.
Masa 45 minit awal, skuad La Albiceleste menguasi permainan dan mengerakkan pelbagai serangan. Manakala Perancis seperti hilang arah dalam separuh masa pertama.
Argentina berjaya di hadapan pada minit ke-23 apabila Messi tenang memanfaatkan penalti yang diberikan. Angel Di Maria kemudian mengukuhkan kedudukan pada minit ke-36 untuk meletakkan pasukannya mendahului 2-0.
Tertekan dengan kedudukan semasa, jurulatih Perancis, Didier Deschamps melakukan dua pertukaran sekali gus bagi mengimbangi permainan.
Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan dengan gerakan cantik dari pemain mereka.
Argentina berpeluang untuk mengandakan kedudukan namum beberapa kali, Hugo Lloris menyelamatkan pintu gol Perancis.
Ketika permainan dilihat bakal tamat dalam 90 minit permainan, pemain muda terbaik dunia, Kylian Mbappe menghentikan seketika pesta penonton Argentina apabila berjaya meledak dua jaringan pantas sekali gus, menyamakan kedudukan 2-2 untuk mengheret permainan ke masa tambahan.
Perancis bagai mendapat rentak, menukar gaya permainan dengan serangan lebih berbahaya dan beberapa peluang terbaik juga hadir tetapi terlepas begitu saja.
Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez juga mempamerkan aksi terbaik untuk menafikan beberapa percubaan dari pemain Perancis.
Messi sekali lagi memainkan peranan penting apabila berjaya meledak jaringan ketiga pada minit ke-108 untuk meletakkan Argentina mendahului 3-2.
Perancis yang ketinggalan kali kedua cuba menggunakan pelbagai taktikal menyerang untuk mendapatkan sekali gol penyamaan dengan melancarkan terus menerus serangan ke kubu Argentina.
Mbappe sekali lagi mendiamkan jutaan penyokong Argentina apabila menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-118.
Ini merupakan hatrik beliau dalam dalam perlawanan tersebut. Mbappe berjaya melakukannya setelah sekian lama tiada pemain yang mampu melakukan hatrik dalam pentas akhir.
Perancis hampir melakukan kebangkitan luar biasa apabila pada hujung permainan menerusi serangan balas mereka hampir mencetak kemenangan namun Martinez menafikan meskipun peluang terbuka luas.
Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan ternyata, Argentina lebih beruntung apabila Martinez sekali lagi menjadi wira pasukan beliau dengan menyelamatkan dua sepakan penalti sekali gus membawa trofi Piala Dunia 2022 pulang ke Argentina. - KitaReporters