Seni & Sukan 15 Dec, 2022

Dah bersedia untuk Piala AFF 2022! Mudah tundukkan Maldives 3-0! Pan-gon buktikan kemampuan skuadnya!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PERSIAPAN Malaysia untuk kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 berada pada tahap terbaik selepas Malaysia mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Dalam aksi terakhir di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 14 Disember 2022, anak-anak didik Kim Pan-gon mencatat kemenangan mudah 3-0 ke atas Maldives sekali gus memberi tonik kepada pemain dan pasukan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala AFF



Dalam aksi separuh masa pertama, Malaysia bermain agak perlahan dan kurang menyerang dengan serangan berbahaya dan ini memudahkan barisan pertahanan Maldives untuk bertahan atau mengatur serangan balas.  

Darren Lok akhirnya berjaya menceriakan enam ribu lebih penonton di stadium apabila membuka jarignan pertama pada minit ke-24 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan pasukan lawan. 

Namun tempo permainan Harimau Malaya mula berubah pada separuh masa kedua dan Malaysia mula bermain pantas. Beberapa percubaan berbahaya mula terhasil termasuk gerakan cantik dari sebelah kanan dan kiri. 



Darren sekali lagi memainkan peranan apabila lorongan cantik beliau berjaya disudahkan dengan baik oleh Faisal Halim pada minit ke-64.

Beberapa minit kemudian, Faisal hampir mencetak jaringan tetapi percubaan pemain ini sedikit tersasar termasuk diselamatkan oleh penjaga gol Maldives. 

Pan-gon melakukan pertukaran pemain bagi melihat pemain baharu dalam taktikal yang diserapkan. 

Pemain yang baru masuk, Lee Tuck membuktikan dirinya sememangnya layak berada dalam skuad Malaysia selepas berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-88. Ini merupakan gol kedua berturut-turut dari pemain naturalisasi ini. 

Kemenangan daripada skuad Pan-gon membuktikan mereka sudah bersedia untuk mengharungi saingan pada hujung bulan Disember 2022 ini meskipun tidak dapat menurunkan pemain utama. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB FAM 

12
12
0
12
0
You will be interested