Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baiknya, Aina Liza kepada media menerusi satu pesanan WhatsApp pada Rabu, 23 November 2022.
“Mari kita sama sama mendoakan kesihatan buat @nad.zainal , dan segala urusan dipermudahkan 🤲🏻” kata Aina.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nad Zainal
Nad, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dimasukkan ke ICU ke hospital swasta itu malam Isnin, 21 November 2022, selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik dipercayai disebabkan simptom Long Covid (Covid berpanjangan).
Nad pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac 2022 lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Pelakon ini beberapa kali ke luar negara, termasuk ke Indonesia dan Thailand bagi penggambaran sebuah program travelog bersama teman baiknya Ungku Ismail Ungku Abd. Aziz.
Nad mula tidak sihat sejak Jumaat, 18 November 2022 lalu dan mengambil keputusan ke hospital pada Ahad, 20 November 2022 dan keadaan kembali baik selepas makan ubat yang diberikan oleh doktor.
Bagaimanapun, Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin, 21 November 2022 dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
Pelakon Ungku Ismail Ungku Abd. Aziz yang merupakan sahabat baik Nad turut menghebahkan keadaan pelakon itu.
Sementara itu bekas suami Nad, Faliq Amiruddin turut mendoakan penyembuhan dan memohon doa baik-baik orang ramai terhadap pelakon itu yang kini sedang berjuang akibat komplikasi paru-paru berdarah.
Faliq juga memaklumkan dua anaknya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun, kini berada bawah jagaannya.
Nad pada 3 September 2022 lalu mengesahkan sudah bercerai dengan Faliq selepas tujuh tahun berumah tangga. Tidak lama setelah berpisah, Nad melakukan perubahan drastik dengan berimej bertudung. - KitaReporters