Seni & Sukan 12 Dec, 2022

Video| Kerana Piala Dunia! Izzue Islam gaduh dengan Ummi Nazeera! Rindu Kasih jadi drama bola sepak!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


DRAMA bersiri Rindu Kasih dibintangi pelakon utama Izzue Islam dan Ummi Nazeera yang mula ditayangkan pada 16 November 2022 di TV3 begitu mendapat sambutan dalam kalangan penonton. Jalan ceritanya benar-benar meruntun jiwa!

Menerusi aplikasi TikTok, babak setiap episod juga turut dimuat turun oleh seorang pengguna. Meleleh air mata warganet! 

Namun, perkongsian @zf_mediaproduction tidak mengundang tangisan sebaliknya begitu mencuit hati netizen walaupun babak pergaduhan antara Salina (Ummi Nazeera) dan Amir (Izzue Islam) setelah difitnah bermaksiat dengan Hisham (Nafiz Muaz) dalam sebuah rumah.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan drama



Apa yang melucukan, dialog babak tersebut telah diedit menjadi perbalahan Piala Dunia Qatar 2022. Bengang Brazil kalah, Amir turut memberikan penampar sebagai ‘red card’ kepada Salina.

“Nampak tak mata Abang, ni mata orang Brazil, nampak tak?”

 “Hey, ko ingat yang menang Perancis? Jangan tidur aku cakap dengan kau ni! Mak Ngah tak suka bola kan?” Antara dialog-dialog yang dilontarkan.


 

Sedutan babak sebenar drama Rindu Kasih


Menjengah ke ruangan komen, warganet benar-benar terhibur apatah lagi ketika ini seluruh dunia masih ‘deman' Piala Dunia Qatar 2022.


 

 


Rindu Kasih drama arahan Pali Yahya yang melibatkan 15 episod  turut dilakonkan oleh Amyza Adnan, Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah serta Ezzaty Abdullah memegang watak Murni.-KitaReporters 


10
8
0
17
1
You will be interested