Seni & Sukan 24 Dec, 2022

Video| Piala AFF 2022: Indonesia hampir dikejutkan! Tapi catat kemenangan tipis 2-1 tewaskan Kemboja!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Indonesia hampir dikejutkan dengan pasukan Kemboja sebelum mereka bangkit untuk mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi sulung kumpulan A Piala AFF 2022 di Stadium Gelora Bung Karno pada 23 Disember 2022.

Kemboja turun untuk memburu kemenangan kedua bagi mencerahkan peluang ke separuh akhir setelah mencatat kemenangan pertama sebelum ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF


Skuad Garuda yang bermain di halaman sendiri ternyata memberi sedikit kelebihan buat mereka dan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 menerusi Egy Maulana.  

Kemboja tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Saret Krya selang beberapa minit selepas itu. 

Kedua-dua pasukan terus memperkemas rentak permainan bagi memastikan barisan pertahanan mereka tidak dibolosi lagi. 

Tuan rumah sekali lagi berjaya mendahului permainan apabila Witan Sulaeman memanfaatkan hantaran rakan sepasukan pada minit ke-35. 



Indonesia menguasai permainan namun mereka kelihatan sukar untuk menambah jaringan biarpun mempunyai peluang terbaik di depan gol. 

Kemboja pula yang menyerang sekali sekala juga hampir-hampir untuk mendapatkan jaringan penyamaan tetapi barisan pertahanan tuan rumah dapat menafikan kesemua gerakan mereka. 

Biarpun mengalami kekalahan dalam perlawanan kedua, skuad bimbingan Ryu Hirose masih mempunyai peluang untuk melakarkan kejutan untuk mara ke pusingan seterusnya namun perlu mencatat dalam perlawanan akan datang. 

Bagi Indonesia, mereka sudah pasti perlu mencari kemenangan selepas ini jika ingin terus menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya. - KitaReporters


16
13
0
17
0
You will be interested