Seni & Sukan 02 Sep, 2022

Video! Baby merdeka! Tahniah Pekin Ibrahim, Mona Allen! Anak lelaki! Minum air kelapa muda bakar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this



Pasangan pelakon Pekin Ibrahim, 40, dan Mona Allen, 37, berkahwin kira-kira 4 tahun lalu tepatnya pada 7 Disember 2018. Namun setelah bertahun-tahun masih tidak diberi zuriat, lalu menjadi bahan bualan orang-orang yang mengenali.

Justeru, kedua-duanya tidak berputus asa mencuba kaedah moden dan tradisional.


Mona atau sebenarnya Munna Hafiraneza Allen sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas hampir empat tahun melalui proses terbaik untuk mendapatkan anak atau trying to conceive (TTV).

Dalam temu bual sebelum ini, Mona memberitahu mereka turut melakukan rawatan perubatan Islam dan berjaya hamil selepas Pekin minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

Akhirnya pasangan ini dikurniakan zuriat berkelamin lelaki dan lebih membahagiakan lahir sebagai ‘baby’ merdeka. Bayi itu lahir pada jam  2.39 pagi Rabu, 31 Ogos 2022 di sebuah pusat kesihatan di Seri Kembangan, Selangor. 




"Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat. Baby merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi," demikianlah kata Mona Allen dalam Instagramnya.  

Mona dan Pekin (Mohd Iznan Ibrahim), turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan dan kenalan rapat sempena kelahiran anak mereka yang turut sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65. - KitaReporter



11
10
0
14
0
You will be interested