Seni & Sukan 08 Sep, 2022

Video| Peti ais, perkakas rumah dihanyut bah! Penduduk Kampung Iboi hilang sabar! Rasa nak berontak!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Terbalik... Nasib baik peti ais ini tidak dihanyutkan banjir.


PETI ais yang baru sahaja didermakan kepada penduduk, hanyut di depan mata, bersama semua perkakas rumah. Malah empat penduduk turut dihanyutkan arus deras tetapi sempat diselamatkan berikutan banjir yang melanda lagi di mukim Kupang, Baling, Kedah pada 6 September 2022 lalu.

Setakat 7 September, di Kampung Iboi salah satu kampung dalam mukim itu sahaja, ada 96 penduduk termasuk 22 penduduk warga emas ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di kampung itu dan satu lagi kampung berdekatan

Sebelum itu, penduduk dilaporkan terpaksa lari menyelamatkan diri, sehelai sepinggang dan hanya 'berputih mata' melihat barang-barang dalam rumah dibawa banjir deras

Sumbangan keperluan rumah termasuk tilam untuk sekolah agama dan mesin basuh diberikan oleh Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Rahim.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana banjir


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Iboi, Abu Hassan Samah berkata Kampung Iboi paling teruk dilanda banjir kali ini seperti yang sama pada 4 Julai 2022 lalu

Banjir itu dikatakan membentuk dua aliran sungai yang mengalir deras merosakkan rumah penduduk apabila kayu balak turut hanyut bersama banjir itu.

"Banyak rumah rosak dan penduduk pula tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana  bimbang tragedi yang sama akan berulang. 

"Sekarang mereka bukan saja trauma setiap kali dilanda banjir yang berulang-ulang. tetapi mereka juga sudah hilang sabar, sampai ada yang mahu memberontak kerana tiada usaha untuk menyelamatkan nyawa penduduk di sini. Malah musim tengkujuh sudah semakin dekat. 

"Apakah pihak tertentu mahu melihat seluruh kampung ini lenyap, penduduk lemas banjir baru ada tindakan hendak dibuat," katanya.



Ketika dilanda banjir 4 Julai 2022 lalu yang dikatakan berpunca dari satu daripada 10 kolam buatan manusia yang pecah. Kini penduduk mendakwa ada sembilan lagi kolam di atas Gunung Inas itu yang dibina untuk mengiari anak benih durian Musang King masih tidak diambil tindakan.

Mereka bimbang jika berlarutan, bila-bila masa kolam itu boleh pecah dan bahaya yang amat dahsyat akan berlaku. Ini kerana sudah ada tanda-tanda tanah di kawasan itu retak. 

Malah bekalan di kampung berkenaan turut tercemar akibat baja dan racun yang digunakan untuk membersihkan hutan di kawasan pergunungan itu untuk dijadikan ladang durian yang terbesar di dunia.



Pada masa ini penduduk sangat memerlukan bantuan pampers dan susu kerana turut terlibat dalam banjir berkenaan ialah kanak-kanak, bayi dan warga emas

Senarai mangsa banjir di Kampung Iboi seperti berikut: lelaki dewasa (14), wanita dewasa (25), kanak-kanak lelaki (18), kanak-kanak perempuan (13), warga emas lelaki (12), warga emas wanita (10), bayi lelaki (2) dan bayi perempuan (2).

Sementara itu laporan oleh Penghulu Mukim Kupang, Badrol Hisham Che Li, setakat jam 12.50 tengah hari pada 7 September itu, Pusat Penempatan Sementara (PPS) itu dibuka pada jam 6.44 petang membabitkan dua lokasi di Dewan Kampung Padang Empang, Iboi membabitkkan 31 keluarga dengan 96 mangsa.

Satu lagi di Dewan Masjid Kampung Hangus membabitkan enam keluarga dengan 34 mangsa.



Sebahagian penduduk kampung sedang menunggu bantuan tiba.


Manakala mangsa banjir yang tidak berpindah pula membabitkan 6 buah rumah di Kampung Bendang Padang, Kampung Bendang Bechah (empat buah), Kampung Tok Saba (tiga buah), Kampung Masjid Iboi (enam buah), Kampung Iboi (enam buah), Kampung Lata Chelak (3 buah), Kampung Bok Bak (sembilan buah) dan Tanjung Nering (enam buah)

Seorang penduduk kampung lain memberitahu, orang Kampung Iboi sudah tidak sanggup lagi bersabar kerana bantuan lambat tiba dan wakil dari pejabat Menteri Besar Kedah tidak berani 'tunjuk muka'.

"Kami sangat kesal dan marah yang amat sangat kerana setakat ini, tiada wakil MB datang menjenguk," katanya.



Nur Syasya Aina II (gambar) dalam komen yang dimuat naik dalam Facebooknya berkata: "Dah macam tsunami darat. Semoga orang Kedah dalam keadaan baik dan dipermudahkan urusan, dijauhkan musibah banjir besar."



Tamizee Suhaimi (gambar) pula menyindir, "Kesialan bila silap pemimpin, rakyat yang menanggung derita selepas tertipu dengan pujuk dan rayu supaya rakyat pilih mereka.

"Supo (serupa) Kelate ke abe? Jale (jalan) berlube, hiway x siap. Janji bule dan binte (bulan dan bintang) nak buat pembangunan. X buat. Air supo teh beng (teh ais) Gitu ko?" tanya Faizal Baharuddin pula. - KitaReporters


Bahaya... Sebahagian banjir yang melanda 6 September lalu.


Jambatan sudah runtuh. Jambatan Bailey kena dibaiki semula.

11
11
0
15
0
You will be interested