TERENGGANU FC berpesta jaringan dengan menewaskan Melaka United FC 5-0 dalam aksi Liga Super 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada malam tadi, 3 September 2022.
Bermain di halaman sendiri ternyata memberi aura tersendiri buat pasukan Terengganu dengan mengamalkan intensiti tinggi dari awal hingga tamat perlawanan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Terengganu FC
Jaringan hatrik Kipre Tchetche dalam perlawanan ini membuatkan mereka kini berada dalam mood terbaik untuk menghadapi perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu, 10 September 2022 ini.
Dua jaringan lagi hadir menerusi Kpah Sherman dan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim untuk melengkapkan kemenangan bergaya skuad Penyu.
Pujian juga harus diberikan kepada Faisal Halim yang terlibat dalam hampir kesemua jaringan malam ini.
Namum begitu, kemenangan ini memberi sedikit kegusaran buat para pemain apabila penjaga gol utama mereka, Muhammad Rahadiazli Rahalim terpaksa dikejarkan ke hospital selepas berlaku perlanggaran dengan pemain gantian Melaka United.
Rahadiazli juga kemungkinan besar terpaksa lupakan perlawanan akhir nanti dek kerana kecederaan yang beliau sedang hadapi ketika ini. - KitaReporters