Seni & Sukan 05 Sep, 2022

Video| Ikatan hebat Keluarga Malaysia! Lelaki Melayu nyanyi lagu Cina! Si gadis Cina makan lemang!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this



PERKONGSIAN seorang gadis berbangsa Cina ketika makan lemang  secara tiba-tiba didendangkan lagu bahasa Cina oleh seorang lelaki Melayu yang bermain muzik di sebuah restoran telah menjadi tular.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @butterandbuns, beliau menjelaskan secara tiba-tiba lelaki itu menyanyikan lagu daripada penyanyi Jam Hsihao ketika beliau menikmati lemang serta memuji kepetahan lelaki itu menyampaikan lagu dalam bahasa Cina.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan tradisional lemang


“Ketika saya sedang menikmati lemang, tiba-tiba seorang lelaki Melayu menyanyikan lagu Cina. Kepetahan bahasa Cina lelaki Melayu itu lebih baik daripada saya.

Beliau menyatakan nyanyi lagu Cina di situ kerana saya satu-satunya pelanggan Cina. Saya rasa dapat layanan seperti lima bintang,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial memuji bakat nyanyian lelaki itu serta luah rasa bangga semangat perpaduan yang terjalin menerusi perkongsian video tular itu.



“Indahnya suara dia. Bahasa Cina dia lagi tepat dari saya. Siapa yang kenal abang ini tolong tag dia bagi terkenal,” ujar @patricia__elle.

“Saya suka bahan media sosial seperti ini. Menunjukkan kita bersatu tanpa mengira warna kulit. Bangga menjadi anak Malaysia ,” jelas @Zulabd.

“Mari kita tularkan beliau dan jadikan terkenal,” tulis @thenewyera. - KitaReporters


15
17
0
8
0
You will be interested