Seni & Sukan 03 Aug, 2022

Video| Johan dibayar RM500k? Penyampai radio termahal! Janji jadikan stesen Hot FM radio No.1!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Pelawak Johan, 37, mengaku menyertai stesen radio Hot FM milik Media Prima Audio (MPA) kerana wang dan kini menjadi antara penyampai radio termahal di Malaysia

Bagaimanapun Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz enggan mengesahkan desas-desus yang dia menerima bayaran lumayan mencecah RM500,000 dari stesen radio itu.

Difahamkan bayaran itu untuk kontrak tugas selama dua tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyampai radio

Johan akan membalas bayaran mahal yang diterima dengan menjadikan Hot FM radio nombor satu.


Di samping itu, Johan menerima tawaran kerja itu kerana mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pegawai Operasi (CEO)  Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran yang mana pernah menjadi majikannya serta diberi beberapa peluang lain.

Johan mengakui dia bekerja untuk memberi keselesaan hidup untuk dia dan keluarganya.




Johan ditemui pada sesi santai Jom Bekpes Bersama Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya pada pagi Selasa, 3 Julai 2020 sempena hari pertama bertugas di Hot FM.

Johan, mengendalikan segmen pagi, ‘Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat’ bersama AG Azmeer dan Fara Fauzana (Fafau) dari jam 6 hingga 10 pagi dari Isnin hingga  Jumaat.

Menurut Johan dia akan menggunakan pengalaman sebagai pelawak dan pernah menjadi penyiar di Era FM selama 11 tahun untuk menarik lebih ramai meminati Hot FM dan menjadi stesen radio nombor satu di Malaysia.

Katanya, dia akan membalas tawaran lumayan dengan memberi khidmat terbaik.




Sebelum ini Johan bertugas sebagai penyiar di Era FM selama 11 tahun mengendali segmen ‘JoHaRa’ (2011-2022) dan tamat kontrak pada 30 Jun 2022.

Anak saudara kepada pelawak veteran Salih Yaacob ini  bercadang untuk berehat daripada dunia penyiaran selepas tamat kontrak dengan Era FM, tetapi langkah itu dibatal apabila Hot FM memberi tawaran baharu yang jauh lebih selesa dari segi kewangan.

MPA iaitu anak syarikat Media Prima Group sejak awal tahun melakukan banyak rombakan. Bagi menjadikan salah satu stesen radio terunggul Hot FM disusun semula dengan ada penyiar ditamatkan kontrak dan ada selebriti dipanggil kembali bertugas seperti Fafau.



Tiga stesen radio daripada tiga syarikat bersaing untuk menjadi stesen radio paling berpengaruh dalam kalangan kaum Melayu di negara ini iaitu Hot FM, Era FM dan Suria FM.

Setiap stesen cuba mendapatkan personaliti tertentu sebagai penyiar untuk menarik pendengar. - Kitareporters


14
12
0
12
0
You will be interested