Seni & Sukan 19 Jul, 2022

Inisiatif ChatimeCares! Chatime, EZQurban anjur Majlis Korban Perdana! 300 sukarelawan, 3 lokasi!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha lalu, Chatime Malaysia dengan kerjasama EzQurban telah menganjurkan Majlis Korban Perdana Chatime bersama dengan 300 sukarelawan di 3 lokasi terpilih.

Lokasi terpilih untuk ibadah korban itu ialah Masjid Jamek Sungai Plong, Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail; dan Surau Taman Sri Hartamas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibadat korban


Bercakap bagi pihak Chatime Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan Aliza Ali berkata, “Berikutan pengaktifan dan program CSR kami di bawah inisiatif ChatimeCares, ia mendorong kami untuk terus konsisten dalam membuat perubahan positif dalam kalangan komuniti-komuniti yang amat memerlukan. 

"Sebagai jenama global yang bertapak kukuh di Malaysia, kami mahu lakukan yang terbaik dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan."



Widayu Latiff, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia menambah, “Walaupun kami cuba yang terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan, semua ini tidak mampu dilakukan secara bersendirian. 

"Kami amat menggalakkan badan-badan korporat dan komersial serta individu-individu lain untuk turut serta menghulurkan bantuan melalui agihan korban hari ini sambil kita menempuhi fasa endemik yang amat mencabar."



Pengagihan daging korban Chatime telah dijalankan di Masjid Jamek Sungai Plong pada 11 Julai 2022 lalu. 

Manakala pengagihan korban juga telah dijalankan  di 2 lokasi berasingan iaitu di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan Surau Taman Sri Hartamas pada 10 Julai 2022. - KitaReporters/Kenyataan Media



15
8
0
15
0
You will be interested