Seni & Sukan 11 Sep, 2024

Jangan terlepas! Pendaftaran bagi Larian Keluarga Malaysia 2024 dilanjutkan sehingga 15 Sept 2024!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) dan penganjur bersama, Ten Senses (M) Sdn Bhd telah bersetuju untuk melanjutkan pendaftaran bagi Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 sehingga 15 September 2024. 

Keputusan ini dibuat berikutan masih terdapat permintaan yang amat menggalakkan daripada orang ramai untuk mendaftar meskipun pendaftaran LKM 2024 telah ditutup pada 7 September 2024 lalu. 

Justeru, YKM ingin menyeru kepada orang ramai untuk tidak melepaskan peluang ini dan segera mengesahkan penyertaan melalui laman web https://www.ticket2u.com.my/event/36349/larian-keluarga-malaysia-2024 sebelum 15 September 2024 ini, bagaimanapun saiz baju LKM 2024 amat terhad. 

Cabutan bertuah bernilai lebih RM70,000 akan menanti para peserta yang mendaftar dalam LKM 2024 seperti sebuah kereta Perodua Axia, telefon bimbit, pakej percutian, televisyen, basikal, peralatan elektrik, hamper serta pelbagai hadiah menarik lagi. 



LKM 2024 merupakan larian amal bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang hilang tempat bergantung akibat Pandemik COVID-19. 

YKM memerlukan dana sekurang-kurangnya RM5 juta setahun untuk memastikan kira-kira 1,000 anak yatim di bawah kendaliannya mendapat pendidikan yang sempurna dan memastikan kebajikan mereka terbela. 

Larian ini akan disertai Perdana Menteri ke-9 yang juga Pengerusi YKM, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Duta LKM, Khairy Jamaluddin. 

Turut sama, legenda-legenda sukan negara seperti, pemenang pingat perak sukan Olimpik 2016, Goh Liu Ying; Jaguh Bina Badan Asia, Datuk Malek Nor; Datuk Zainal Abidin Hassan; Datuk Santokh Singh; Roslin Hashim; Datuk Marina Chin; dan Datuk Zaiton Othman. 

Yayasan Kebajikan Atlet Negara (YAKEB) merupakan rakan strategik LKM 2024. 

Larian ini turut dikuasakan oleh Keluar Sekejap sebagai podcast rasmi, Hot FM sebagai radio rasmi manakala Free Malaysia Today dan Sinar Harian sebagai media rasmi LKM 2024. 

Maklumat lanjut mengenai Yayasan Keluarga Malaysia boleh didapati di laman web https://yayasankeluargamalaysia.org.my atau hubungi talian 0322027493. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
15
0
17
0
You will be interested