Dua kali dikecewakan oleh Lubnan ketika aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 pasti menjadi motivasi terbaik bagi pasukan Harimau Malaya untuk 'membalas dendam' terhadap Lubnan apabila kedua-dua pasukan akan berentap paa aksi final Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Kuala Lumpur pada 8 September 2024 ini.
Harimau layak ke aksi final untuk bertemu Lubnan selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol melalui jaringan Syamer Kutty Abba dan penalti Safawi Rasid dengan keputusan 2-1 bagi menumpaskan Filipina pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu, 4 September 2024 lalu.
Sementara Lubnan yang menduduki ranking 116 dunia ketika ini menempah tempat ke perlawanan akhir lebih awal selepas berjaya megetepikan cabaran Tajikistan yang menduduki tangga 103 dunia 1-0 pada pertemuan sebelum perlawanan antara Malaysia dan Filipina di venue sama, juga pada 4 September 2024.
Syamer Kutty Abba penjaring gol penyamaan ketika Harimau Malaya menewaskan Filipina 2-1 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 8 September 2024 nanti. - Kredit foto: Facebook Harimau Malaya.
Penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi benteng terakhir pasukan negara yang diharap mampu mengekang serangan penyerang Lubnan pada final Pestabola Merdeka 2024 nanti. - Kredit foto: Utusan Borneo.
Harimau Malaya pernah bertembung dengan Lubnan yang mendapat jolokan The Cedars dalam dua aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 yang menyaksikan Harimau Malaya tumpas dalam kedua-dua perlawanan ketika itu di mana Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Korea Utara dan Hong Kong selain Lubnan.
Pada pertemuan pertama di SNBJ pada 13 Jun 2017, Harimau Malaya gagal menyaingi kehebatan Lubnan melalui jaringan dua gol bekas pemain import Kedah Darul Aman (KDA FC), Rabih Ataya yang menafikan gol awal jaringan Mahali Jusali untuk menang dengan keputusan 2-1.
Hasrat Harimau Malaya untuk meraih sekurang-kurang satu mata semasa perlawanan kedua pada 17 Mac 2018 di Beirut juga tidak kesampaian selepas tumpas dengan keputusan juga 2-1.
Pertahanan negara, Ahmad Shahrul Azhar menghalang penyerang Lubnan ketika pertemuan Malaysia dan Lubnan semasa pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 1-2 ketika itu. - Kredit foto: fam.org.com.
Rizal Ghazali antara tunggak pertahanan Harimau Malaya ketika Malaysia bertemu Lubnan pada pusigan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019. - Kredit foto: fam.org.com.
Ketika itu gol penyamaam Syafiq Ahmad berjaya memadamkan jaringan awal Hassan Maatouk memberi harapan kepada skuad negara sekurang-kurangnya mampu seri dan membawa satu mata pulang ke tanah air.
Namun segalanya betukar menjadi hampa dan Harimau terpaksa berputih mata pulang tangan kosong dikecewakan oleh jaringan Hilal El-Helwe pada minit akhir perlawanan untuk Lubnan keluar sebagai pemenang dengan keputusan 2-1 yang turut mengecewakan penyokong Harimau Malaya ketika itu.
Pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi final Pestabola Merdeka edisi ke 43 ini pasti menjanjikan aksi lebih menarik kerana Harimau Malaya bukan sahaja mahu membuktikan mampu muncul juara di bawah kendalian Pau Marti yang mengambil alih tugas Kim Pan-gon, tetapi misi melunaskan dendam lama ditewaskan dua kali oleh Lubnan dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 dahulu.
Moga Harimau Malaya jika mampu mencatat keputusan yang membanggakan untuk keluar sebagai juara, sekali gus sudah pasti akan dapat menarik semula minat Ultras Malaya kembali ke stadium selepas dikhabarkan 'memulaukan' pasukan kebangsaan sebelum sepak mula Pestabola Merdeka 2024 ini. - KitaReporters
Aksi pemain negara ketika berdepan Filipina tempoh hari dan kelincahan Akhyar Rashid (no.19) diharap mampu memporak-perandakann benteng Lubnan. - Kredit foto: Facebook Harimau Malaya.
Kesebelasan utama Lubnan yang menewaskan Tajikistan dan bakal berdepan Harimau Malaya pada fnal Pestabola Merdeka 2024 pada 8 September 2024 nanti. - Kredit foto : flashz sukan.