.
Filem aksi ‘Blood Brothers: Bara Naga’ mencipta satu demi satu fenomena. Tujuan utamanya untuk mencapai kutipan tiket RM100 juta (Road To RM100 million) setelah 50 hari tayangan bakal tercapai sebelum sasaran awal itu untuk menjadi filem Malaysia tertinggi kutipannya sepanjang zaman.
Papan LED gergasi di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto: Primesworks Studios
Baru 20 hari tayangan, ‘Blood Brothers’ keluaran Skop Productions/Primeworks Studios dan arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak RM62 juta.
Ia sudah berjaya menduduki tempat kedua dalam filem Malaysia dengan kutipan tertinggi mengatasi filem ‘Sheriff - Narko Integriti’ yang memperoleh RM63.2 juta dan menjadi filem tertinggi kutipannya bagi tahun 2024 selepas 24 hari tayangan.
Produser Yusof Haslam bersama Syariq Yusof serta Abhilash Chandra
turut membantu promosi
Apa yang menarik pengarah muda Syafiq Yusof kini menjadi pengarah filem paling fenomena, mengatasi abangnya Syamsul Yusof.
Syafiq berjaya meletakkan tiga filem arahannya sebagai filem paling tinggi kutipannya. Ia adalah ‘Polis Evo 3’ (2023 - RM50.1 juta), ‘Sheriff - Narko Integriti’ (2024 - RM59.4 juta) dan ‘Blood Brothers: Bara Naga’ (2025 - Dah lebih RM64 juta).
Antara barisan pelakon turun membantu mempromosi filem di kawasan Bukit Bintang, Kual Lumpur
Ia menjadikan Syafiq yang merupakan anak tokoh filem Datuk Dr Yusof Haslam sebagai sutradara Malaysia paling bernilai.
Kini tumpuan rakyat Malaysia ialah pada hari ke berapakah tayangan ‘Blood Brothers: Naga Bara’ akan berjaya mengalahkan filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’?
Filem ‘Mat Kilau’ keluaran Studio Kembara dan arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM97.4 juta pada hari ke-50 tayangan.
Yusof Haslam (kanan) dan pelakon utama, Sharnaz Ahmad
Berdasarkan perkembangan terkini, ‘Blood Brothers: Naga Bara’ ia mampu mengatasi ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ kurang daripada 50 hari, mungkin di bawah 45 hari atau sebulan setengah selepas tayangan.
Dan selepas 60 hari akan menghitung berapakah kutipan di atas RM100 juta yang diperoleh.
Promosi ‘Blood Brothers: Bara Jiwa’ masih giat dijalankan oleh Primeworks Studios selaku pemodal bersama.
Selain promosi secara giat dalam platform radio dan TV milik Media Prima, sejumlah barisan pelakon dan pengarah mengadakan promosi bergerak di seluruh negara.
Antaranya muncul dalam pelancaran papan LED gergasi di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu, 30 Mei 2025.
Sebahagian daripada orang ramai yang menyaksikan promosi filem Blood Brothers di Bukit Bintang. Kuala Lumpur
Difahamkan sejumlah pawagam memberi ruang membuka lebih banyak pawagam atau cineplex untuk tayangan ‘Blood Brothers’ sehingga menjejaskan tayangan untuk filem-filem tempatan lain yang ditayang hampir bersamaan tayangannya. FIem ‘Jilake’ antara yang terkesan.
'Blood Brothers-Bara Jiwa’ dengan modal RM7 juta yang ditayang mulai 10 April 2025 dijangka akan menjadi filem Malaysia paling tinggi kutipannya bagi jangka masa yang lama.
Namun tidak mustahil akan ada filem yang akan memecahkan rekod ‘Blood Brothers: Bara Jiwa’. Mungkin daripada arahan Shafiq atau Syamsul Yusof.
Dua anak Blood Brothers Dr Yusof Haslam ini mempunyai aura tersendiri menjadi pembikin filem yang berjaya. - KitaReporters
Antara orang ramai yang berpusu-pus ke kawasan Bukit Bintang untuk mengambil gambar pelakon 'Blood Brothers'