

Beliau berkata, program itu menyediakan pelan nutrisi peribadi yang dirumus oleh pakar pemakanan sukan dengan tujuan menyokong beban latihan intensif dan meningkatkan tahap prestasi atlet secara konsisten.
“Kita dapat lihat lapan atlet ini sangat berdisiplin, mempunyai potensi besar dan mampu memberikan prestasi cemerlang sama ada dalam kejohanan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya selepas sesi libat urus bersama atlet negara di Bukit Jalil pada Sabtu 29 November 2025.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto, Daisaku Wadami.Soon Howe berkata, melalui inisiatif tersebut, Ajinomoto berharap dapat memperkukuh sumbangannya kepada pembangunan industri sukan negara menerusi penyediaan nutrisi sukan yang lebih sistematik di bawah 'Winning Meals Kachimeshi'.Pelan berkenaan turut merangkumi penggunaan aminoVital, produk berasaskan asid amino rantai bercabang (BCAA) yang diformulasi untuk meningkatkan daya tahan otot, mengurangkan keletihan dan membantu pemulihan atlet selepas sesi latihan berat.
Program 'Winning Meals Kachimeshi' kekal sebagai antara inisiatif utama Ajinomoto dalam menyokong penyediaan hidangan seimbang serta nutrisi yang memenuhi keperluan atlet berprestasi tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Soon Howe turut menegaskan bahawa Ajinomoto, sebagai penaja emas Sukan SEA 2025 dan ASEAN Para Games 2025 berhasrat memperluaskan kerjasama dengan lebih ramai atlet negara pada masa depan.

Dalam pada itu, Ee Wei meluahkan penghargaan terhadap sokongan nutrisi berstruktur yang diterimanya dan yakin program itu dapat membantu meningkatkan keupayaan dan konsistensinya di gelanggang.
Bagi Wan Muhammad Fazri pula, rangkaian produk nutrisi Ajinomoto telah meningkatkan kualiti latihan serta kestabilan prestasinya sepanjang fasa persiapan ke Sukan SEA 2025.
Menerusi perancangan nutrisi yang lebih sistematik, kerjasama ini dijangka memberi impak positif kepada persediaan atlet negara, sekali gus menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik pada temasya terbesar di Asia Tenggara itu. - KitaReporters
