Seni & Sukan 07 Dec, 2025

Video| Bercinta, bertunang, bergaduh, bersahabat! Erra hulur kad undangan kahwin! Awie janji hadir!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Bercinta, bertunang, bergaduh dan kembali bersahabat. Itulah yang terjadi dalam hubungan antara selebriti sensasi Awie dan Erra Fazira bermula dengan filem ‘Sembilu’ pada tahun 1994.

Kini kedua-dua selebriti yang popular sebagai pelakon dan penyanyi ini menjadikan kisah bercinta, bertunang dan bergaduh sebagai kenangan lalu dan kini menjadi rakan sehingga ke akhir hayat.




Oleh itu Erra Fazira,51, memberi sendiri kad undangan perkahwinan dan resepsi secara langsung kepada Awie semasa berada di pentas ketika sidang media konsert Sembilu: The Reunion berlangsung di Pearl Room, Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Khamis, 4 Disember 2025.  

"Baru tadi Erra maklumkan persandingan dia 27 haribulan. Yang 12 (akad nikah Jumaat, 12 Disember 2025) yang itu saya tak pasti lagi.

"Insya-Allah dia jemput saya tadi 27 haribulan. Saya insya-Allah, habis konsert di Singapura 24, 25, 26, saya balik, 27 saya akan pergi," katanya kepada media.


Erra dan Awie kini sebagai teman dan boleh duduk berdekatan dan mengadakan persebahan bersama. Di kanan ialah Ziana Zain.

Awie atau Datuk Ahmad Azhar Othman, 57,  turut meluahan perasaan gembira apabila Erra kembali bertemu jodoh dengan Ezwan Zain atau Mr E, seorang duda selepas 11 tahun hidup solo sebagai ibu tunggal dan mendoakan kebahagiaannya kekal abadi. 

Bagi Awie wanita yang sudah berusia 50-an perlu pendamping hidup untuk menjalani hidup bahagia dan bermakna bagi mengisi hari-hari tua.


Kisah lama bercinta dan bertunang dah tinggal kenangan, kini selesa bersahabat.

Awie dan Erra Fazira jatuh cinta ketika berlakon dalam filem ‘Sembilu’, filem arahan ketiga Datuk Yusof Haslam, terbitan Skop Productions, pada tahun 1994. 

Timbul perasaan cinta itu memberi lakonan mereka berkesan ketika membawa watak Awie dan Wati.

Ia menjadikan ‘Sembilu’ filem pecah panggung (boxoffice) dengan memperoleh kutipan tiket sebanyak RM4.39 juta iaitu satu jumlah yang lumayan ketika itu.

Gandingan kedua-duanya dalam filem  ‘Sembilu 2’ pada 1995 sekali lagi pecah panggung dengan berjaya mengutip RM6.1 juta. 

Percintaan mereka dengan publisiti meluas media hiburan membantu ‘Sembilu 2’ mengecap kutipan tiket lebih memberansangkan.

Percintaan mereka disatukan dengan pertunangan pada 5 Oktober 1996. Dan kedua-dua dipasangkan lagi dalam beberapa filem seperti ‘Tragedi Oktober’ dan ‘Maria Mariana 2’.


/

Cinta Awie dan Erra berputik dan mekar ketika membintangi filem 'Sembilu' dan 'Sembilu 2' 

Namun filem ‘Bara’ terbitan tahun 1999 membuat hubungan Awie dan Erra menjadi panas membara. 

Dalam filem ‘Bara’ , Awie yang memegang peranan utama jatuh cinta dengan pelakon baharu Arni Nazira Anuar yang juga seorang penyanyi.

Awie berkahwin dengan Arni Nazira Anuar ketika itu berusia 28 tahun pada 10 Disember 1998. 

Perkahwinan hanya bertahan kira-kira 8 tahun dengan bercerai pada 16 Oktober 2006 dengan dikurnia 2 anak perempuan, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

Sementara Erra enggan memikir kecewaan putus tunang meneruskan kehidupan dan kembali menemui cinta baharu apabila jatuh cinta dengan Yusry KRU. 

Ia setelah kedua-duanya berganding dalam filem cinta romantis ‘Cinta Kolesterol’ arahan Ahmad Idham.Kedua-dua berkahwin pada Disember 2003. 

Majlis perkahwinan mereka di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur ditaja dan dihadiri ribuan peminat dan dianggap 'Wedding of the Year'. Namun, perkahwinan hanya bertahan 3 tahun dan perkahwinan mereka secara rasmi berakhir pada 16 Jun 2006, tanpa mempunyai anak.

Erra Fazira kemudian berkahwin dengan usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin (2007- 2014) dan mempunyai satu zuriat, Engku Aleesya, 16.

Selain dengan Arni Nazira, Awie telah berkahwin sebanyak dua kali lagi iaitu dengan Rozana Misbun (2006 -2014) dan Sharifah Ladyana (2016 hingga kini). 

Melalui tiga perkahwinan, Awie kini mempunyai tujuh anak.

Jika perkahwinan dengan Mr E menjadi kenyataan pada 12 Disember 2025, bererti Erra Fazira dan Awie mempunyai tiga kali pasangan hidup. 

Dan kini mereka tidak ada masalah untuk hidup sebagai sahabat.



Terbaharu, Awie dan Erra Fazira serta Ziana Zain akan muncul dalam konsert Sembilu: The Reunion,  di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Februari 2026. 

Ketika itu, Mr E mungkin menjadi tetamu Istimewa konsert itu. - KitaReporters

14
13
0
16
0
You will be interested