Seni & Sukan 31 Jul, 2025

Syabas MRSM Balik Pulau! Juara Super Schools Rugby 2025! Kalahkan Victoria Institution pada final!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Pasukan ragbi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau (yang digelar BP Cougars) setelah berjaya menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby (Rugbi Sekolah-sekolah Super) 2025 di Taman Ekuestrian, Putrajaya. Menewaskan pasukan berprestij Victoria Institution (VI) dengan keputusan tipis 14-13. - KitaReporters


Aksi final Kejohanan Super Schools Rugby yang menyaksikan MRSM BP Cougars menentang VI Blues (Victoria Institution).

Syabas dan tahniah kepada pasukan ragbi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau (yang digelar BP Cougars) setelah berjaya menjuarai kejohanan Super Schools Rugby (Rugbi Sekolah-sekolah Super) 2025 yang telah diadakan pada 27 Julai 2025 di Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP), Putrajaya.

Selepas 10 tahun menyertai kejohanan ini terbukti MRSM BP berjaya membawa pulang kejuaraan berprestij sehinggakan Pengerusi MARA, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengisytiharkan cuti khas bagi MRSM seluruh negara pada 28 Julai 2025.

MRSM BP melakar sejarah apabila muncul sebagai pasukan MRSM pertama yang menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby itu selepas menewaskan pasukan berprestij Victoria Institution (VI) dengan keputusan tipis 14-13.


Para pemenang Kejohanan Super Schools Rugby bersama hadiah kemenangan masing-masing.

Pertemuan sulung MRSM BP menyaksikan BP Cougars berdepan saingan hebat apabila VI terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi 'try' oleh Indra Putra Shahrulnizam yang kemudiannya disempurnakan dengan 'conversion' oleh Ummar Rayyan Mohd Sabri.

Apabila tamat separuh masa pertama, semangat juang bersungguh-sungguh oleh BP Cougars membuahkan hasil setelah Muhammad Firdaus Zolkifli berjaya berjaya melakukan 'try' diikuti dengan 'conversion' kemas oleh Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhilla bagi menyamakan kedudukan.

VI kembali mendahului perlawanan pada babak kedua setelah dua sepakan penalti oleh Ummar Rayyan menjadikan kedudukan 13-7.


Dr Asyraf Wajdi memeluk girang pemain MRSM BP Cougars yang berjaya mengharumkan nama MRSM setelah menjadi juara.

BP Cougars kemudian sekali lagi membuktikan keseriusan mereka mahu menjadi juara apabila Muhammad Firdaus mencatat 'try' kedua pada minit terakhir perlawanan sebelum Aqil Zikry Abdul Malek menyempurnakan 'conversion' yang mengesahkan kemenangan dramatik mereka dengan keputusan 14-13.

Kejayaan ini bukan saja menobatkan nama MRSM BP, sebaliknya mengharumkan nama MRSM dalam arena sukan ragbi negara. - KitaReporters


Dr Asyraf Wajdi Dusuki (depan, enam dari kanan) bersorak gembira bersama pemain MRSM BP Cougars.

19
18
0
7
0
You will be interested