APABILA melihat kehadiran penyanyi dan pelakon, Dayang Ara Nabella Awang Astillah (Bella Astillah atau BA) meraikan hari jadi ibu kekasih hatinya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (SS) dan begitu juga kehadiran lelaki itu di acara sama untuk ibu Bella, maka dengan ini sahlah, kita semua sudah boleh agakkan, mereka kini di ambang penyatuan keluarga besar. - KitaReporters

APABILA melihat kehadiran penyanyi dan pelakon, Dayang Ara Nabella Awang Astillah (Bella Astillah atau BA) meraikan hari jadi ibu kekasih hatinya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (SS) dan begitu juga kehadiran lelaki itu di acara sama untuk ibu Bella, maka dengan ini sahlah, kita semua sudah boleh agakkan, mereka kini di ambang penyatuan keluarga besar. Pengantin baharu dan besan berbesan.
Seperti yang kita semua tahu dan harapkan, sesudah memberi restui supaya pasangan yang tengah hangat menjalinkan hubungan cinta, BASS segera menamatkan kesudahan yang ditunggu-tunggu oleh semua. Penuh harapan dan doa mereka minta dimakbulkan mahu lihat mereka berumahtangga segera.
Ingatkan Ahad 31 Julai 2025 tu BASS akan mengumumkan berita gembira itu. Malangnya SS pula mengumumkan berita sedih perihal kerjasama dengan Stesen Era FM tidak dapat dilaksanakan.

Ini berikutan atas beberapa masalah teknikal dan Era FM dalam satu kenyataannnya, memberitahu usaha itu dirancang secara positif tetapi akhirnya ada perubahan dinamik yang kena dilakukan untuk menjaga kepentingan kedua belah pihak.
Syed Saddiq yang sebelum ini agak teruja tetapi menahan diri daripada membuat pengumuman usaha sama itu kemudian memohon maaf kerana akhirnya cita-citanya untuk menjadi Dj secara kontrak ditamatkan sebelum dilaksanakan yang mungkin khidmatnya akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025 itu.
Bagaimanapun stesen radio itu tidak meninggalkan Ahli Parlimen begitu saja kerana ada sebablah buat masa ini kerana dalam hal kepentingan tertentu, matlamat dan mati hidup stesen radio itu kena dipikul oleh pengurusan.
Bagaimanapun kata SS penamatan kontrak yang belum dimulakanitu tidak meninggalkan kesan ketara kerana selepas itu dia mendapat "tukaran" kontrak yang lain dan jumlah bayarannya dikatakan melangkau jutaan ringgit (RM1.06 juta) dan semua yang diperolehi itu akan diberikan sebagai biasiswa pengajian untuk 20 calon anak-anak B40 di Muar.
Opah berharap satu hari SS dapat berkomunikasi dengan rakyat jelata yang ingin tahu pelbagai soalan yang selama ini terbuku di hati. Terutama tentang hubungannya dengan BA yang sangat dikasihi rakyat Malaysia. Ibu-Ibu tidak mahu BA diabaikan, sebagaimana dua kali sebelum ini.
Kali ketiga selalunya pasangan itu akan saling memahami dan mengetahui matlamat akhir mereka.
Sebelum itu semasa hari jadi negarawan, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah pada 10-11 Jun 2025 lalu, pasangan BASS itu antara tetamu istimewa Tun M dan isterinya.
BASS direstui dalam suasana penuh syahdu kerana SS dah dianggap macam cucu oleh dua tokoh tersohor itu.


Pertemuan dalam suasana mesra antara nenek dan cucu. Kelihatan Tun Hasmah merestui BASS itu dengan penuh kasih sayang dan memberikan mereka doa seorang bekas Wanita Pertama Malaysia, ibu, nenek dan isteri negarawan, Tun M yang membawa masuk Syed Siddiq ke dalam arena politik.
Tun M melihat seni politik terserlah hebat dalam diri SS dan dia dengan beraninya mengemukakan antara calon paling muda dalam sejarah politik negara sebagai seorang Ahli Parlimen dan Menteri Belia dan Sukan yang banyak memberi wawasan dalam membangunkan dunia sukan serta membentuk budaya hidup sihat dalam kalangan orang muda.

Sekali lagi BASS menjadi topik hangat apabila hadir sebagai tetamu istimewa ibu Ahli Parlimen itu, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan kelihatan BA diberi sambutan istimewa dan penuh bermakna oleh ibu SS.
SS juga sudah berjanji kepada keluarganya hal-hal peribadi tidak akan banyak ditampil kepada rakyat sambil menekankan bahawa Bella Astillah adalah ratu hati pujaannya kerana sifat penyanyi dan pelakon muda itu, banyak menyamai ciri-ciri isteri dan ibu yang selama ini menjadi dambaannya terutama untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.
"Berikan saya sedikit masa untuk mengatur jadual kerja di kawasan Parlimen dan mengatur semula banyak hal. Urusan sidang di Parlimen, keputusan mahkamah dan kini isu peribadi.
"Insya-Allah saya beri jaminan kehendak rakyat dan peminat BA adalah keutamaan kami juga." katanya ketika ditanya oleh media massa bilakah dia akan mengakhiri hubungan cinta itu dalam satu perjanjian lafaz ikrar sebagai suami-isteri. - KitaReporters

