HASRAT pasukan hoki lelaki negara untuk menamatkan saingan Piala Dunia Hoki 2023 dalam kalangan 9 terbaik dunia tidak kesampaian apabila tewas 3-6 kepada Afrika Selatan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Antarabangsa Mirsa Munda, Rourkela pada 26 Januari 2023.
Kekalahan ini menyebabkan Malaysia akan bermain di perlawanan penentuan ke-13/16 selepas ini.
Faktor kekalahan kepada Sepanyol baru-baru ini ternyata memberi kesan kepada semangat juang para pemain apabila permainanan mereka kelihatan berbeza dan jelas beberapa kesilapan dari bahagian tengah serta pertahanan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan hoki
Afrika Selatan yang dilihat begitu ghairah memburu kemenangan membuka tirai jaringan seawal minit ke-9 menerusi Bradley Sherwood sebelum Guy Morgan mengukuhkan kedudukan selang empat minit kemudian menerusi jaringan pukulan sudut penalti.
Skuad kendalian Arul Selvaraj cuba bangkit mencari gol agar dapat merapatkan kedudukan jaringan namun mereka terus dihukum apabila Nqobile meledak gol ketiga pada minit ke-26 hasil jaringan padang.
Ketinggalan 3-0 membuatkan para pemain terpaksa menukar taktikal permainan dan hasilnya Razie Rahim berjaya mendapatkan jaringan pertama pada minit ke-35 menerusi pukulan sudut penalti.
Afrika Selatan ternyata berada prestasti terbaik apabila tidak memberi peluang untuk Malaysia menambah jaringan sebaliknya mereka terus meledak dua jaringan pantas dalam masa dua minit menerusi Keenan Horne serta Mustaphaa Cassiem sebelum Razie sekali lagi mencetak nama selaku jaringan untuk pasukan Malaysia.
Memasuki suku keempat, jaringan terus terhasil apabila Sherwood sekali lagi meledak jaringan keenam untuk pasukannya sebelum Firhan Ashari membalas kembali jaringan tersebut untuk gol ketiga Malaysia tetapi ia sudah terle
Sherwood menambah jaringan kedua peribadinya pada minit ke-57 dan tidak sampai seminit, gerakan solo Firhan Ashari membuahkan hasil untuk gol ketiga skuad negara.
Pada penentuan tempat ke-13/16, skuad negara akan bertemu Jepun pada 28 Januari 2022. - KitaReporters