Seni & Sukan 06 Feb, 2023

Video| Famili Duo 2: Naim-Sissy tempat keempat! Tapi dapat pujian Mas Idayu! Persembahan paling baik!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Famili Duo 2 baru sahaja melabuhkan tirai dan kita sudah tahu siapa muncul juara untuk musim kedua. 

Tapi paling menjadi tumpuan dan dinantikan oleh penonton adalah persembahan Naim Daniel dan Sissy Imann kerana semua mata akan tertumpu pada komen daripada juri tetap iaitu Mas Idayu. 

Naim dan Sissy pernah menjadi tumpuan apabila menerima komen yang begitu pedas daripada Mas Idayu sehingga membuatkan rakan duet Naim itu menanggis di atas pentas. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Famili Duo


Akan tetapi, pada minggu terakhir, dua persembahan daripada pasangan ini telah mendapat pujian daripada kedua-dua juri tetap. 

Bagi Mas Idayu, persembahan mereka ini dikatakan antara yang terbaik sepanjang tujuh minggu melakukan persembahan. 

Tiada komen negatif sebalik komen positif untuk persembahan mereka. Ini membuktikan kontroversi yang melanda mereka berdua ini dapat diselesaikan dengan baik. 

Begitu juga Ajai yang memuji persembahan mereka ini dengan menyatakan pasangan tersebut mempunyai prinsip dalam setiap persembahan yang dilakukan dan tidak ingin melanggarnya. Malah konsep serta prop yang digunakan juga bersesuaian dengan lagu yang mereka bawa. 

Dalam persembahan akhir itu, Naim dan Sissy berada di tempat keempat, manakala Bella Astilla dan Wani Kayrie pula berada di tempat ketiga. 

Ayda Jebat dan Fyna Jebat antara pasangan yang dikatakan bakal muncul juara tetapi berada di tempat kedua, manakala Yamani Abdillah dan Zaki Yamani mengejutkan semua penonton untuk muncul juara rancangan ini. - KitaReporters


Kredit : TV3 MALAYSIA 

18
12
0
9
0
You will be interested