"BUAT sesuatu pada hari ini dan masa depan, mu sendiri akan berterima kasih kepada mu," itu kata-kata penulis buku motivator, pelakon, ushawan serta model Andi Arsyil Rahman Putra (AA), 36, yang kini hangat dikhabarkan dilamun cinta dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (PS), bekas menantu pengarah tersohor dari Malaysia, Datuk Yusoff Haslam.
Tiba-tiba AA menjadi buah mulut setiap wanita muda Malaysia.
Menjadi begitu viral selepas tangannya dimuat naik dalam akaun TikTok PS membuatkan netizen negara ini dengan pantas mengesan lelaki itu yang kini menemani PS sebagai rakan kongsi perniagaan dan dilaporkan mereka jatuh cinta pandang pertama.
Sebahagian besar wanita muda mahukan AA melamar PS dan mereka yang beria-ria menjadi 'matchmaker" memadankan kedua-dua ini dengan memberi pelbagai pujian termasuk wajah mereka yang hampir sama, AA seorang yang penyayang dan memanglah sepadan sebagai pengubat duka PS yang baru bergelar janda muda.
Namum begitu, sebahagian besar peminat pelakon Bila Cinta Bertasbih di negara asalnya, Indonesia sebaliknya mahukan AA digandingkan dengan Ayu Ting-Ting. Wanita itu dikaitkan dengan AA sejak lima enam tahun lalu.
Seorang rakyat Malaysia yang hadir sokong PS dan AA, memberitahu PS bukan seorang artis yang biasa tapi berasal daripada keluarga kelas tinggi dari segi pendidikan dan tanah kelahirannya London.
AA pula anak kelima daripada tujuh bersaudara, putera kepada pasangan Prof. Dr Ir Andi Rahman Mappangaja MS dan Ir Yusnidar Yusuf.
Kariernya di dunia hiburan bermula sejak bermain dalam sinetron "Ngaca Dong!" bersama Catherine Wilson dan menjadi model video klip artis-artis lokal di Makassar.
AA juga berhasil menghabiskan pendidikan strata-1 (S1) atau sarjana mudanya di tiga perguruan tinggi sekali gus, iaitu fakultas MIPA jurusan Fisika/Program Studi Geofisika, Fakultas Ekonomi jurusan Manajemen Ekonomi (lulus 2010), dan Fakultas Teknik jurusan Teknik Informatika Program Studi Teknik Informatika (lulus 2010). Buku karya AA ialah
- Life Is Miracle: Menangkap Pesan Luar Biasa Dari Setiap Keping Kejadian (2010)
- EURECLE! Anda dan Setiap Manusia Adalah KEAJAIBAN (2011)
- HOPE (2012)
Wanita paling cantik di dunia 😍 MY LOVELY MOM ucap Andy Asyril
Netizen berpendapat sangat elok PS dan AA disatukan kerana mereka dibesarkan dalam suasana moden dan tradisional.
PS umpamanya kekal menjadi "anak menantu" Datuk Yusoff walaupun diceraikan oleh anaknya, Syamsul Yusoff selepas lelaki itu mengaku berkahwin dengan anak penyanyi Kaza, Ira Kaza.
"PS ini yang sangat berdikari dan ada perniagaan sendiri. Dia bukanlah wanita yang mengejar kekayaan daripada harta lelaki, ayu, kuat semangatnya dan bangkit daripada kegagalan rumah tangga yang menjadi kebanggan kepada ibu bapa dan bekas mentua," kata Shazaima (Scha_Sunshine91).
Sebelum AA dalam satu temu ramah yang diminta memberi komen mengenai PS memegang gelaran janda itu, dia memberitahu tidak kisah dengan latar belakang seseorang yang dikenalinya. AA juga memberitahu dalam TikTik di Indonesia dia bukan lagi mengejar kekasih (cewek) kerana tujuannya kini mencari calon isteri.
Sebelum ini dia turut memberi komen yang sama berkenaan Ayu Ting Ting yang juga seorang janda dan peminatnya mahu Andi berkahwin dengan Ayu kerana kedua-dua kelihatan hebat bila bersama.
Namun kata Andi, Ayu memang seorang yang luar biasa tetapi menganggap wanita itu rakan sekerja.
"Kenapa kalo soal status janda? Kan salah suaminya yg meninggalkan dia dan anaknya....malah bagus untuk Andi Arsyil bisa punya isteri yg baik, sukses dan selalu mengutamakan keluarga....ingat lho ayu sangat berbakti pada org tua apalagi nanti kalau suaminya," demikian kata seorang peminatnya dalam komen dalam Youtube AA enam tahun lalu.
@aniqpontian555 Betapa sayangnya bapa mertua dengan menantu. Walaupun dah tak sebumbung, hubungannya sampai bila² ❤️🔥 #sepahtureunionlive2023 #berandatiktok #masukberanda #puterisarahliyana ♬ original sound - Encik Aniq
Apapun bibit pertemuan AA -PS ini sangat baru lagi, walaupun sebahagian besar pelayar TikTok Malaysia mahu menjodohkan mereka.
Malah ketika muncul dalam segmen jemputan Sepahtu, PS bersama Datuk Yusoff Haslam berada di pentas yang sama dan AA turut hadir untuk memberi sokongan. Sampaikan ada yang anggap itu sesi pertemuan bakal menantu "bertemu" Datuk Yusoff.
Puteri Sarah mengakui bahawa lelaki itu merupakan rakan perniagaannya. Mereka bertemu ketika Sarah menjalani penggambaran di Jakarta tapi sekarang ada masalah dan ditundakan.
"Dalam masa yang sama saya buat perniagaan. Kebetulan kami berminat dalam bidang yang sama iaitu perniagaan, produk penjagaan wajah dan tudung yang akan dihasilkan. Saya buka di Malaysia. Kami bekerjasama untuk lebarkan sayap perniagaan di Singapura dan dialah rakan perniagaan saya,” katanya. - KitaReporters