Seni & Sukan 09 Oct, 2022

Dilanda banjir lagi! 2 kampung di Kupang, 7 kampung di Baling! Mangsa rayu perhatian wakil rakyat!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

HAMPIR 150 buah rumah berdekatan Sungai Baling dan Sungai Ketil di Kupang dilanda banjir sejak awal pagi akibat hujan lebat jam tiga pagi hari ini, 9 Oktober 2022.

Antara kampung terbabit Kampung Tok Weng, Kampung Lubok Pedati, Kampung Tualang, Kampung Pantai, Kampung Sungai Batu dan Taman Bayu Indah di Mukim Baling membabitkan hampir 100 keluarga.
Sementara itu, 40 keluarga di Kampung Carok Sikin dan Kampung Gua Reban di Kupang turut dilanda banjir tengah hari, 9 Oktober 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mangsa-mangsa banjir

Warga emas yang lumpuh, Yusuf Yunus, 68, terpaksa diusung oleh anggota bomba ke pusat pemindahan sementara.


Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Md Daud ketika dihubungi KitaReporters mengesahkan seramai 15 anggota Bomba Baling terbabit dalam membantu mangsa banjir di Baling dan Kupang yang berlaku pada petang semalam (8 Oktober 2022) dan hari ini (9 Oktober 2022).
Dalam operasi menyelamat di Kampung Carok Sikin, Kupang pada 9 Oktober, seorang warga emas yang lumpuh, Yusuf Yunus, 68 terpaksa diusung oleh anggota bomba ke pusat pemindahan sementara di kampung berkenaan.

Azman Sudin, 56, mangsa banjir yang koma di rumahnya di Kampung Carok Sikin, Kupang diselamatkan oleh anggota bomba ketika berlaku banjir.


Sementara itu, Mohd Jamil turut menasihatti keluarga yang rumah mereka terutama berdekatan Sungai Ketil dan Sungai Baling supaya berhati-hati dan bertindak awal untuk berpindah sekiranya keadaan banjir mencemaskan.
Seorang mangsa banjir di Kampong Gua Reban Kupang, Ahmad Wahid, 66, bimbang jika air Sungai Ketil terus meningkat dan hujan tidak berhenti kemungkinan semua mangsa banjir terpaksa berpindah.
Katanya, beliau dan keluarga menghimpunkan peralatan rumah dan diletakkan di tempat tinggi supaya tidak dihanyutkan banjir.
Rumahnya pernah dimasuki banjir hampir 4 meter tinggi, katanya lagi.
Berikutan banjir yang melanda, hampir 140 keluarga yang menjadi mangsa banjir sejak semalam, 8 Oktober hingga hari ini, 9 Oktober 2022 merayu pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang dan ADUN Bayu serta Ahli Parlimen Baling meninjau masalah yang mereka hadapi akibat banjir. - KitaReporters

8
10
0
10
0
You will be interested