Seni & Sukan 03 Oct, 2022

Liga Super 2022: PJ City jinakkan tuan rumah, 1-0! Kedah terus bergelut! Gagal berikan aksi terbaik!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SKUAD kendalian P Maniam meneruskan rentak cemerlang selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada 1 Oktober 2022.

Jaringan pemain gantian Petaling Jaya City (PJ City) FC, V. Ruventhiran pada minit ke-69 sudah cukup untuk memastikan kemenangan buat mereka. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super


Kekalahan Kedah ini menyaksikan mereka terus gagal memberi aksi terbaik dalam saingan Liga Super selepas melalui beberapa perlawanan yang hambar sebelum ini. 

Dalam perlawanan ini, Kedah dilihat mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol namum gagal memanfaatkan peluang tersebut. 

PJ City yang turun tanpa kelibat penyerang utama mereka, Darren Lok ternyata bukan satu masalah besar buat mereka apabila berjaya mempamerkan permainan yang begitu cemerlang dalam perlawanan tersebut. 

Kemenangan PJ City membolehkan mereka terus mendaki tangga dan ketika ini berada di kedudukan kesembilan liga dengan 20 mata. Manakala Kedah pula berada di kedudukan keenam liga dengan mengumpul 27 mata selepas 18 perlawanan. - KitaReporters


Kredit Foto : MFL dan FB KDA 

10
7
0
11
0
You will be interested