Seni & Sukan 22 Jan, 2023

Video| Shahrul Ridzwan, Julia Farhana teruja lakukan aksi lasak! Bagi filem Coast Guard: Ops Helang!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


 


Baik pelakon Shahrul Ridzwan, mahu pun rakan seperjuangannya, Julia Farhana, kedua-duanya melahirkan. rasa teruja untuk menyaksikan sepenuhnya lakonan masing-masing melalui filem lakonan mereka, ‘Coast Guard: Ops Helang' yang bakal membuaka tirai pawagam pada 2 Februari 2023 depan.

“Ini pertama kali saya berlakon dalam filem aksi dan cabarannya tentulah apabila saya perlu melakonkan sendiri babak-babak lasak malah daripada badan kecil sampailah dah besar sekarang ni,” ujar Shahrul ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu tema filem ‘Coast Guard: Ops Helang’, yang menyaksikan penyanyi Zamani dan rapper bakat baharu, Ariff Peter tampil dengan lagu, ‘Yes Sir’ secara langsung di Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)



Lebih menarik, pelancaran gimik ‘Yes Sir’ disempurnakan oleh aksi menakjubkan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri serta turut diraikan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Sebaik sahaja Shahrul dan Julia Farhana muncul lengkap dengan pakaian seragam menyerahkan sebuah beg mengandungi pemukul gong kepada Laksamana Mohd Zubil, paluan tiga kali meyempurnakan majlis pelancaran lagu tema ‘Yes Sir’, diraikan bersama oleh penerbit-penerbit filem ‘Coast Guard’ iaitu Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production serta David Teo selaku  rakan kongsi dan pengedar dari Metrowealth Pictures.




Gambar urutan gimik pelancaran.


Mengenang lanjut, Shahrul, 33, bersyukur impiannya untuk berlakon dalam sebuah filem aksi terlaksana apabila mendapat tawaran berlakon daripada penerbit Arie Zaharie memegang watak Leftenan Maritim Hafiz.

“Walaupun saya takut pada air malah ketika berada hampir satu jam di tengah laut kala menunggu kedatangan helikopter untuk menyelamatkan, saya terpaksalah berperang dengan diri sendiri untuk tabah,” kenang pelakon lulusan dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat ini sambil tidak lupa untuk mengajak hadirin sedekahkan Al-fatihah kepada pengarahnya, Allahyarham Pitt Haniff.


Juliana dalam pakain seragam APMM beesama Shahrul (kiri) dan Laksamana Mohd Zubil (dua dari kiri).


Seperti Shahrul, Julia Farhana, 28, tidak ketinggalan menyatakan keseronokannya berlakon sebagai Leftenan (Maritim) Melati dan turut berkongsi pengalaman melakonkan watak yang penuh mencabar itu.

“Semasa latihan saya rasa bersemangat dan memang seronok hingga terasa nak tinggalkan bidang lakonan dan masuk APMM. Tetapi bila diberitahu ini hanyalah 10 peratus daripada latihan sebenarnya, saya terpaksa batalkan niat kerana tugasannya memang mencabar,” ujar Julia.

Pemilik nama penuh Julia Farhana Marin ini akui wataknya sebagai seoang pegawai Maritim merupakan karakter yang paling seronok dan mencabar dipegangnya sepanjang kerjayanya sebagai pelakon selama 11 tahun.

Di hujung namanya pun dan ada ‘Marin’ kan, sesuailah kalau Julia masuk Agensi Maritim Malaysia ya tak? 

Itu hanya gurauan penulis, apa pun kita tonton nanti bagaimana Julia dan Shahrul membawa watak masing-masing  apabila filem ‘Coast Guard: Ops Helang’ mula ditayangkan pada 2.2.2023 kelak.



Dalam pada itu,  lagu ‘Yes Sir’ terbitan terbitan Cof Music, nyanyian Zamani dan Ariff Peter yang turut menyumbang kepada lirik lagu bersama rakannya Hasril, Otromen dan Nass diinspirasikan khusus untuk filem ‘Coast Guard: Ops Helang’, memaparkan  kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan. - KitaReporters


Zamani dan Ariff Peter mempersembahkan lagu ''Yes Sir'. 

12
10
0
9
0
You will be interested