Manusia tertua di dunia, Lucile Randon meninggal dunia dalam tidur pada usia 118 tahun di sebuah rumah jagaan warga emas di Toulon, selatan Perancis.
Sister Andre merupakan orang Eropah kedua tertua pernah direkodkan. Dia diiktiraf sebagai manusia tertua selepas kematian Kane Tanaka dari Jepun pada 2022.
Dengan menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk aktiviti keagamaan, Sister Andre juga pernah memegang rekod sebagai biarawati tertua yang hidup.
Baru-baru ini, Sister Andre menerima satu lagi rekod apabila dia dinobatkan sebagai mangsa Covid-19 tertua yang terselamat.
Selepas zaman peperangan berakhir, dia menghabiskan masa selama 28 tahun bekerja untuk anak yatim dan orang tua di sebuah hospital di Vichy, wilayah Auvergne-Rhone-Alpes sebelum menjadi biarawati Katolik.
"Adalah satu penghormatan untuk merekodkan kisahnya dalam halaman buku Rekod Dunia Guinness, dan nama Lucile akan terus terpahat dalam sejarah sebagai manusia keempat tertua," demikian menurut kenyataan Guinness World Records.