LAZIMNYA dengan pelbagai produk serta budaya yang sentiasa berubah, kebanyakan dalam kalangan kita terutama kaum wanita akan berasa segan dan malu apabila membawa bayi atau anak kecil mereka dengan menggunakan gendongan kain batik ke mana sahaja mereka pergi.
Ia salah satu alat perlengkapan bayi yang seharusnya dimiliki kaum ibu iaitu kain gendongan bayi kerana tanpa gendongan tersebut mungkin seseorang ibu akan merasa kesulitan ketika membawa anak kecil itu apatah lagi untuk pergi berjalan-jalan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bayi-bayi
ARTIS Sarwendah begitu nyaman menggunakan gendongan ikan batik. - Kredit foto : Instagram/sarwendah
Kini banyak terdapat produk-produk gendongan bayi yang simple dan moden di pasaran tetapi hanya sedikit kaum ibu yang memilih untuk mengedong bayi mereka dengan menggunakan kain batik.
Namun dalam hal ini, terdapat beberapa artis Indonesia tanpa segan dan silu menggunakan peralatan tradisional itu iaitu gendongan kain batik untuk membawa anak-anak kecil mereka ke mana sahaja mereka pergi.
Dipetik daripada laporan Dream.co.id mengatakan bahawa dengan gaya hidup yang simple serta ringkas itu akan menambahkan kasih sayang antara ibu dan anak.
Berikut beberapa artis Indonesia yang menarik perhatian orang ramai akibat artis terbabit sering mengendong anak-anaknya dengan selesa menggunakan kain batik sama ada berada di rumah ataupun di luar rumah :
ASHANTY. - Kredit foto : Dream.co. id
Artis Ashanty sejak dari dulu lagi tanpa menghiraukan kritikan dalam kalangan peminatnya tetap menggunakan kain batik sarung untuk mengendong anak-anaknya.
NIKITA WILY. - Kredit foto : Dream.co.id
Terbaharu, artis Nikita Wily yang juga seorang pelakon, penyanyi dan model dikatakan sering melancong ke luar negara tanpa segan serta silu dengan masyarakat tetap mengendong bayinya dengan kain batik walaupun berada di luar negeri.
LESTY KEJORA. - Kredit foto : Dream.co.id
Lesty Kejora, seorang penyanyi berumur 23 tahun berasal dari Bandong, Indonesia turut mengamalkan gaya hidup yang sederhana melalui kain batik apabila mengendong anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Penampilannya pada awal mengendong menggunakan gendongan kain batik amat mengejutkan para peminatnya.
SARWENDAH mengendong bayinya dengan kain batik ketika keluar berjalan-jalan bersama suaminya. - kredit foto : Instagram sarwendah
Seorang lagi pelakon, penyanyi dan model iaitu Sarwendah begitu selesa memilih gendongan kain batik untuk membawa anaknya ke mana pergi.
‘’Gendongan kain sarung batik amat mudah digunakan dan ia tidak cerewet. Bayi begitu senang diletakkan di dalam kain sarung dan saya tidak rasa malu pun.
"Kalau dilihat suatu ketika dahulu, orang-orang tua sentiasa guna gendongan kain batik untuk membawa anak-anak mereka,’’ kata Sarwendah yang juga seorang guru bahasa Mandarin.
MOMO GEISHA. - kredit foto : Dream.co.id
Artis, Momo Geisha, 36, berasal dari Pekanbaru, Indonesia berjalan-jalan ke luar negeri masih menggunakan kain batik untuk mengendong anaknya dengan selesa.
NYCTA GINA - kredit foto : Dream.co.id
Untuk pergi ke pusat membeli belah, artis Nycta Gina, 38, yang dilahirkan di Jakarta juga sering terlihat dengan bergaya mengendong anaknya dengan kain batik Jawa.
Vicky Shu, 37, seorang penyanyi dan model dari Cilacap, Jawa Tengah turut memilih kain batik untuk mengendong bayinya dengan selesa. - KitaReporters
VICKY SHU. - Kredit foto: Indozone