Seni & Sukan 17 Jun, 2023

Video| Jamal Abdillah jadi tauke! Mula ternak arowana! Kini lembu, kambing! Terima tempahan korban!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Jamal Abdillah memberi perhatian serius terhadap peniagaan ternakannya. - Kredit foto: BERNAMA
Semakin ramai insan seni menceburi bidang perniagaan dengan harapan untuk  memiliki kehidupan lebih selesa. 

Insan seni menggunakan populariti diri untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Antara selebriti terkenal yang kini turut menceburi diri dalanm bidang perniagaan ialah Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 64.

Jamal memulakan perniagaan membela dan menjual lembu secara komersial sejak bulan Mei 2023 di Bukit Merah, Taiping, Perak.

Kini dia memiliki tanah seluas dua hektar yang boleh menempatkan 300 hingga 400 lembu dalam suatu masa.


Tidak lama lagi Jamal turut akan menternak kambing

Ketika ini dia membawa lembu hidup dari Myanmar dan sudah mula menerima tempahan untuk Hari Raya Korban pada hujung bulan Jun 2023 ini. 

Dia memulakan projek ternakan lembu dengan hanya 20 ekor dan kini sudah meningkat dengan membawa lembu-lembu dari Myanmar termasuk untuk dijadikan baka.  

Sebelum ini Jamal menjalankan perniagaan ikan hiasan jenis arowana (kelisa) sejak 2009 dan masih berjalan. Dia mendapati ternakan lembu lebih menguntungkan. Jamal juga bakal menternak dan menjual kambing dalam masa terdekat.

Jamal melihatkan perniagaan menternak dan menjual binatang ternakan seperti lembu dan kambing mampu memberi pulangan lumayan jika diusaha secara profesional dan boleh dieksport.


Perniagaan ikan hiasan jenis arowana (kelisa) masih berjalan

Sebelum ini Jamal sudah memulakan perniagaan menternak lembu, namun cuma dilakukan secara pawah. 

Setelah melihat potensi besar perniagaan lembu dan kambing serta melihat kurangnya golongan bumiputera dalam bidang ternakan telah mendorong Jamal untuk serius mengembangkan bidang jualan binatang ternakan. 

Bagi memastikan perniagaannya berjalan lancar, Jamal berulang alik ke Tanah Merah dan kediamannya di Shah Alam.

Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) turut membantu Jamal dengan memberikan khidmat nasihat dalam membantu menguruskan penternakan lembunya. - KitaReporters

9
5
0
5
0
You will be interested