Seni & Sukan 21 Aug, 2023

Selamat tinggal dunia lakonan! Hairul Azreen berhenti berlakon! Mahu beri tumpuan kepada anak-anak!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Pelakon yang cukup terkenal dengan cerita aksi, Hairul Azreen akhirnya mengambil pendekatan mengejutkan apabila mengumumkan akan berhenti dalam dunia lakonan.

Perkara ini sudah pasti satu tidak dijangkakan memandangkan umur Hairul pun masih lagi muda dan nama beliau pun semakin dikenali dalam filem aksi. 

Beliau telah menceburi bidang lakonan lebih 10 tahun dan namanya semakin menjadi sebutan ketika menjayakan filem Paskal sehingga membuatkan para beliau memasang cita-cita untuk memasuki tentera. 

Menurut Hairul antara sebab utama beliau melepaskan dunia lakonan ini adalah anak-anaknya kerana ingin melihat mereka membesar di depan mata berbanding sebelum ini tidak sempat melakukannya sebab terlalu sibuk terikat dengan jadual pengambaran. 



Sejak itu, nama aktor berusia 35 tahun ini terus dikenali orang ramai dengan filem aksi dan berjaya membawanya dengan baik. Bakatnya bukan sahaja dalam bidang lakonan tetapi turut berjaya sebagai pengarah.

Antara fielm yang berjaya dihasilkan adalah Ada Hantu dan Ada Hantu 2 yang berjaya mendapat tempat dalam kalangan penonton. Biarpun pertama kali mengarah namun filem komedi seram ini mendapat pujian daripada orang ramai. 

Paling terbaharu, filem Malbatt: Misi Bakara akan ditayangkan kepada penonton di mana cerita tersebut diadaptasikan dari kisah benar berkenaan tentera Malaysia di Somalia. 

Mungkin selepas ini Hairul akan memberi tumpuan kepada dunia perniagaan pula memandangkan beliau tidak lagi terikat dengan jadual untuk berlakon. 

Pengumuman tersebut dibuat ketika menjadi tetamu undangan segmen 3Pagi Era, radio Era. - KitaReporters


10
8
0
11
0
You will be interested