Seni & Sukan 09 Jun, 2023

Jom daftar! Kejohanan badminton sulung Piala Haier 2023! Hadiah RM100k ditawarkan! 24/6 - 30/7 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Haier Malaysia, jenama perkakasan utama No.1 global bagi 14 tahun berturut-turut mengumumkan pelancaran Kejohanan Piala Haier 2023 kali pertama, yang diinspirasikan oleh pelantikan duta jenamanya baru-baru ini, iaitu juara beregu Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. 

Haeir mempelawa semua rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam Piala Haier 2023 yang julung-julung kali dianjurkan, sebuah acara hebat yang akan mempamerkan moto “Inspired Living” yang turut terserlah dengan jelas melalui produk, inisiatif, dan perkaitan jenama Haier, baik pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. 

Piala Haier 2023 akan berlangsung mulai 24 Jun hingga 30 Julai 2023, meliputi tiga buah negeri – Johor, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. 

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas serta bakal menampilkan empat kategori termasuk perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, dan beregu wanita. 

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30 setiap orang bagi kategori perseorangan dan RM50 setiap pasangan bagi kategori beregu. 

Para peserta boleh melayari https://bit.ly/HaierCup2023 untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat pendaftaran.

Butiran Piala Haier adalah seperti yang berikut:



Fan Jing, Pengarah Haier Malaysia berkata “Di Haier, kami percaya dalam usaha menginspirasikan kehidupan dengan moto jenama kami “Inspired Living”. 

"Seiring dengan pelantikan dua orang duta jenama kami yang baharu, kami yakin bahawa Piala Haier 2023 kali pertama ini akan berjaya merealisasikan hasrat murni tersebut. 

"Kami berharap dapat mewujudkan sebuah platform untuk Malaysia mempamerkan minat dan kesungguhan mereka terhadap permainan badminton selain berhasrat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan sukan badminton yang sangat diminati di Malaysia.”

Untuk merancakkan lagi kemeriahan, Haier teruja untuk mengumumkan bahawa Yonex Sunrise Malaysia adalah antara penaja hebat bagi Piala Haier 2023, sekali gus mewujudkan sinergi yang bermakna antara badminton dengan peralatan sukan yang berkualiti. 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Yonex akan menyediakan pelbagai produknya yang hebat bernilai RM38,000 untuk menyokong kejohanan ini. 

Penajaan mereka bukan sahaja membuktikan komitmen mereka terhadap sukan badminton malah juga memperkukuh dedikasi mereka kepada usaha memperkasakan para atlet dengan peralatan sukan yang terbaik.


Kaedah permainan Piala Haier 2023


Kejohanan negeri akan dilaksanakan berdasarkan sistem kiraan 30 mata, yang dimainkan dalam format permainan tunggal, sementara perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir akan diperhebat melalui kaedah permainan kiraan 21 mata, berdasarkan dua set terbaik daripada tiga set (Best of Three Games).

Butiran hadiah pemenang negeri disenaraikan seperti yang berikut:



Di samping hadiah-hadiah menarik yang telah dinyatakan, Piala Haier 2023 teruja untuk mengumumkan hadiah yang hebat untuk Pemenang Perlawanan Akhir, Pemenang Pingat Perak dan Gangsa dalam setiap kategori. 

Butiran para pemenang perlawanan akhir disenaraikan seperti yang berikut:



Haier Menginspirasikan Kem Badminton Impian Masa Depan


Di samping hadiah, enam daripada juara utama akan memenangi peluang yang unik dan perjalanan dengan semua perbelanjaan dibayar ke Thailand untuk mengambil bahagian dalam kem badminton selama dua hari dari 13 hingga 14 Ogos 2023. 

Kem badminton ini akan dilatih oleh pemain beregu campuran handalan Thailand, Popor Sapsiree Taerattanachai. 

Pengalaman sekali seumur hidup ini akan memberi pemenang cerapan dan latihan yang tidak terhingga nilainya, sekali gus memperkaya perjalanan sukan badminton mereka. - KitaReporters/Kenyataan Media


14
17
0
3
0
You will be interested