PERKONGSIAN seorang guru menunjukkan senyuman tidak lekang pada wajah anak muridnya setelah menerima hadiah beg baharu daripada gurunya telah menjadi tular dalam media sosial.
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @aishashamad, memaparkan pemberian beg seorang guru kepada anak muridnya di sebuah bilik guru dengan pelajar itu berulang kali mengucapkan terima kasih setelah menerimanya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan beg-beg sekolah
“Kasih seorang guru bila tengok pelajar membawa beg yang usang,” ujarnya dalam laman aplikasi TikTok.
Meninjau dalam ruangan komen, memuji adab pelajar itu serta mengucapkan tahniah kepada guru sekolah yang memberi didikan yang baik kepada anak murid mereka.
“Budaknya sungguh sopan santun terbaik cikgu,” kata @Mhmdaisar.
“Dia akan ingat dan kenang sampai bila-bila,” jelas @Kabuspagi.
“Sejuk perut ibu mengandung kalau anak baik macam ini,” tulis @TengkuAmilda. - KitaReporters