Seni & Sukan 16 Sep, 2022

Usaha terakhir PPDA! Mayat penganggur ditemui di dasar Sg Nerus! Mangsa terjatuh ke dalam sungai!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


Kredit foto-foto: FB Info Bencana Terengganu


MAYAT seorang penganggur yang dipercayai terjatuh telah ditemui di dasar Sungai Nerus berdekatan Kampung Tebauk, Kuala Nerus, Terengganu pada pukul 10.42 pagi pada 13 September 2022 lalu.

Mangsa, Rafiuddin Fakhri Rosdi, 30, berasal dari Kampung Gong Kijang, Kuala Nerus dijumpai pada jarak kira- kira dua meter dari lokasi mangsa terjatuh oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kejadian mati lemas

Kredit foto-foto: FB Info Bencana Terengganu


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.14 pagi.

Serentak dengan itu, katanya, pihaknya telah menghantar 12 anggotanya berserta tiga anggota PPDA ke lokasi kejadian.



''Ketika operasi dilakukan mencari mangsa, kami menghadapi sedikit kesulitan kerana air sungai itu keruh dan berselut.

''Anggota kami terpaksa menyelam sungai sedalam kira-kira tiga meter sebelum menjumpai mayat Rafiuddin pada pukul 10.42 pagi,'' katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Azmi berkata, turut serta dalam operasi tersebut adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Nerus dan Rela. - KItaReporters


Kredit foto-foto: FB Info Bencana Terengganu

11
11
0
11
0
You will be interested