Seni & Sukan 23 Sep, 2022

Video| Dari dunia korporat ke niaga tepi jalan! Wanita kongsi rasa! Walaupun struggle tetapi happy!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


PERKONGSIAN seorang wanita meninggalkan dunia korporat dengan memilih untuk berniaga kopi di tepi jalan sehingga menempuh cuaca hujan lebat serta ribut ketika berniaga mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @byoyayaya, kelihatan beliau bersama beberapa orang lelaki tetap tabah menunggu pelanggan sehingga menahan kesejukan cuaca di gerainya dalam cuaca hujan lebat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dunia berniaga


Dari dunia korporat hingga ke perniagaan tepi jalan. Inilah kehidupan saya selepas berhenti kerja.

“Ada yang hari cuaca baik, ada hari cuaca ribut petir. Tapi saya tetap bahagia jalan yang saya pilih untuk berniaga dalam mencari rezeki,” katanya menerusi aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan sokongan dan kata semangat kepada wanita itu serta mendoakan perniagaan beliau berjaya.



“Semoga dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki kak,” tulis @ItsMeTyka.

“Semoga kakak punya rezeki selalu dimurahkan dan maju dalam perniagaan,” jelas @RabiAnnuar.

“Semangat dan kuat kak dalam mencari rezeki,” kata @shim_anuar.-  KitaReporters


6
11
0
16
0
You will be interested