Seni & Sukan 15 Jul, 2022

Liga Super 2022: Jaringan minit terakhir bolehkan JDT catat kemenangan dramatik! Tewaskan Sabah FC!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Jaringan minit terakhir pada masa kecederaan oleh Fernando Forestieri membolehkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Sabah FC dalam perlawanan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah. 

Pertemuan kedua-dua pasukan ini dinanti-nantikan oleh penyokong bola sepak kerana kedua-dua pasukan kerana kemenangan akan mengubah pendahulu liga

Meskipun bermain di tempat lawan, JDT terlebih dahulu memulakan serangan demi serangan namun penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi berjaya bertindak cemerlang untuk menafikan jaringan pasukan JDT. 

Sabah yang seakan-akan tercari-cari rentak cuba mencari peluang untuk melancarkan serangan ke kubu JDT.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Super


Jaringan pertama perlawanan hadir pada minit ke-19 apabila Park Tae-su meledak gol untuk menceriakan penyokong tuan rumah. Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Fernando Forestieri menyamakan kedudukan pada minit ke-26.  

Pasukan JDT dan Sabah cuba mengatur kembali rentak permainan dalam usaha untuk menambah gol namun peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan oleh kedua-dua pasukan. 

Khairul Fahmi yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan akhir tewas kali kedua apabila tendangan percuma pada minit terakhir perlawanan gagal ditempis kemas oleh beliau sekali gus mengecewakan pasukannya sendiri. 

Di hujung permainan, berlaku sedikit kekecohan apabila pemain dan pegawai pasukan Sabah berang dengan tindakan pengadil yang dianggap berat sebelah itu. 

Dalam permainan bola sepak begitulah jika tidak fokus sehingga minit terakhir perlawanan pasti akan dihukum.

Itu yang terjadi pada pasukan Sabah yang gagal bertahan sehingga minit terakhir kerana kelalaian di hujung permainan. 

Kemenangan JDT ini membolehkan mereka terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga setakat ini. Sementara Sabah penghuni tangga kedua sambil cuba mengejar kedudukan JDT. - KitaReporters


13
19
0
11
0
You will be interested