Seni & Sukan 21 Jul, 2022

Video| Tahniah Aisha Retno! Wajah hiasi Billboard Times Square, New York! Ibarat sedang bermimpi!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Wajah menghiasi papan iklan digital (billboard) di Times Square, New York, Amerika Syarikat menjadi impian para selebriti seluruh dunia kerana ia menjadi salah satu pengiktirafan besar dalam bidang seni. 

Setakat ini tujuh orang penyanyi dari Malaysia berjaya menghiasi papan iklan gergasi itu. 

Mereka ialah Yunanis Zarai (Yuna) sebanyak tiga kali (2016, 2018, 2020), Layla Sania, Dolla, Aina Abdul, Iman Troye, Vanessa Reynauld dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.



Dan yang terbaharu ialah penyanyi remaja, Aisha Retno, 21, yang menganggap ia ibarat mimpi apabila dihubungi pihak pengurusan iaitu Sony Music Malaysia

Ia merupakan pencapaian cemerlangnya kerana baru dua tahun terlibat secara aktif dalam bidang seni.

Kegembiraan Aisha atau nama sebenar, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam diluahkan menerusi laman Instagramnya.




Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram, penyanyi lagu W.H.U.T (Wanna Hold You Tonight) itu merakamkan ucapan terima kasihnya kepada Spotify Asia kerana memberi peluang keemasan sempena kempen meraikan Wanita dan Kesamaan (Women and Equal) oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

"Ini adalah pencapaian tertinggi diraih sepanjang dua tahun bergelar anak seni. Ia juga boleh disifatkan pencapaian terbaik sepanjang hidup.

"Saya terharu dan ibarat sedang bermimpi apabila melihat wajah sendiri terpampang di papan iklan digital di kota tumpuan dunia itu.  

"Semestinya pencapaian ini membuatkan saya ingin terus menghasilkan lebih banyak lagu berkualiti pada masa hadapan dan tidak mahu sekadar suka-suka," katanya kepada sebuah media.



Aisha berterima kasih kepada syarikat pengurusan dan label rakaman Sony Music Malaysia kerana merealisasikan impiannya.

Katanya, syarikat rakaman ada memberi bayangan wajahnya mungkin terpampang di papan iklan ikonik itu, tetapi dia enggan menaruh harapan.

"Saya tidak dapat mengawal emosi apabila syarikat pengurusan memaklumkan mengenai perkara ini, " katanya.

Lagu dendangannya W.H.U.T yang disiarkan di platform Spotity berjaya meraih penstriman lebih 30 juta.



Aisha Retno mula dikenali apabila muncul dalam program pertandingan Vokal Mania TV3 pada 2021 dan kemudian menyertai Big Stage musim 4 di Astro Ria 2022.

Ibu Aisha, Jean Retno Panjaitan merupakan penyanyi yang aktif di Indonesia pada hujung 1970-an.

Dan darah seni yang mengalir dari ibu kini diserap Aisha.

Anak usahawan ini mempunyai masa yang lama untuk mencipta nama sebagai penyanyi Malaysia generasi baru yang dikagumi. - KitaReporters


19
10
0
12
0
You will be interested