Seni & Sukan 02 Aug, 2022

Video| Isteri tua izinkan suami nikah lagi! Malah riba anak bersama suami bersanding isteri muda!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


JIKALAU ditanya kaum Hawa sudah pasti sampai mati mereka tidak mengizinkan suaminya berkahwin lagi dengan wanita lain, apatah lagi mereka tidak sanggup hidup berkongsi kasih sayang daripada seorang suami selain tidak rela hidup bermadu.

Namun, apa yang terjadi ke atas seorang wanita (isteri pertama) di Kecamatan Purwakarta, Kabupaten Cilegon, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini di luar jangkaan bagi wanita lain kerana ia amat mengejutkan serta mendapat pujian dalam kalangan masyarakat.


Lagi cerita-cerita menrik berkaitan isteri-isteri muda


 


Isteri pertama itu bukan sahaja membenarkan suaminya bernikah lagi dengan wanita lain (isteri muda), malah dia sanggup mendampingi suaminya sambil meriba serta mendukung anak di atas pelamin ketika suaminya bersanding dengan isteri mudanya.

Viral video dalam media sosial yang dimuat naik oleh akaun TikTok Lia Azka @lia.sugiandie dan video itu dirakam oleh Lia Azka sendiri.

Dalam video berkenaan, isteri pertama memakai hijab hitam sedang mendukung anaknya di atas pelamin di sisi suaminya yang bersanding dengan isteri keduanya.

‘’Isteri tua mendampingi pernikahan suami dengan isteri muda. Sabar dan kuat. Insya-Allah dapat syurga,’’ tulis Lia Azka di TikToknya seperti dipetik dari portal Wolipop pada 29 Julai 2022 lalu.


 


Video Lia Azka itu sudah ditonton lebih 6.5 juta pengguna dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada dalam kalangan mereka turut bersimpati dengan isteri pertama.

Dalam video yang berdurasi 9 detik itu, Lia Azka merakam sesi foto pengantin di pelamin dan beberapa foto pernikahan poligami dalam akaun TikToknya. 


 


Lia Azka juga menjawab beberapa komen netizen tentang isteri tua mendampingi suaminya yang menikah lagi dengan isteri mudanya di atas pelamin. 

‘’Pernikahan itu telah dilangsungkan pada 16 Julai 2022 lalu tetapi ia baharu viral dalam media sosial pada 28 Julai 2022. 

‘’Semuanya baik-baik sahaja. Isteri tua dan isteri muda akur-akur sahaja. Kerana setiap manusia sudah ditentukan takdir atau nasib masing-masing oleh Allah SWT dan sebagai sesama wanita seharusnya saling support dan saling mendoakan. Bukan saling bergaduh,’’ tulis Lia Azka dalam ruangan komennya.

Lia Azka memberitahu bahawa dia memang mengenali dan rapat dengan kedua-dua isteri itu dan selepas berkahwin isteri muda tidak tinggal serumah dengan isteri tua. 

Menurutnya, suaminya telah memberi sebuah rumah kepada isteri muda dan walaupun mereka tinggal di rumah yang berbeza tetapi hubungan mereka adalah baik dan tidak bergaduh. - KitaReporters


 

 

14
15
0
15
0
You will be interested