Seni & Sukan 20 Oct, 2023

Video| i-Sing Dunia kembali dipertanding! Lebih 20 negara bakal sertai final 2022! 22-26 Nov 2023!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

DARI kiri: Michael Samy, Angel Vaishilee dan Kamal Kasim.


Setelah beberapa kali tertangguh kejohanan vokal antarabangsa, “i-Sing Dunia’ yang mula dicetuskan pada tahun 2017 kembali  bagi musim ke-4 dengan menjadikan ‘Malaysia’ sebagai hos melambai kedatangan lebih dari 20 negara peserta yang akan bertanding pada 22 hingga 26 November 2023 depan.

“Kebanyakan negara peserta amat teruja untuk menyertai kejohanan dan kembali dengan persembahan masing-masing di pentas antarabangsa sambil memperaga kostum negara diwakili,” ujar Yuro T selaku Pengasas dan Pengerusi i-Sing World Pte. Ltd pada majlis sidang media 'i-Sing Malaysia' yang berlangsung pada 18 Oktober 2022 lalu.

Turut hadir Pengasas Bersama i-Sing Malaysia dari Rhyhmis Mines Studio,  Michael Samy; Kamal Kasim mewakili KARYAWAN dan penyanyi serta pempengaruh media sosial dari Singapura, Angel Vaishilee yang  akan mengendalikan ‘i-Sing Malaysia’ sebagai hos.



Berharap mendapat sokongan ramai, Yuro memberitahu, ‘i-Sing Malaysia bukan sahaja akan memilih tiga wakil peserta dari tiga kategori yang bertanding iaitu penyanyi solo, berkumpulan dan penyanyi cilik untuk ke peringkat akhir malah diharap mereka dapat membantu mempromosikan Malaysia menurut pandangan mereka sendiri menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 menyasarkan ketibaan 26.1 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.

Berkongsi lanjut, Angel memberitahu, ‘i-Sing Malaysia’ bukan sahaja akan melahirkan bintang yang bakal menyerlah pada peringkat antarabangsa bahkan sekali gus menjulang nama Malaysia dalam peta pelancongan dunia.



Untuk rekod, pada musim pertama (2017),  penganjuran i-Sing Dunia di Yangon , Myanmar menyaksikan penglibatan 24 negara dari seluruh dunia. Ketika itu, wakil Malaysia, Nabillah Mohamad,  berjaya menduduki tempat ke-7.

Pada tahun berikutnya, penyanyi Syafeeq Ikhwan berjaya menggondol kejuaraan i-Sing Dunia mengalahkan peserta dari hampir 40 negara yang hadir di Paris, Perancis.  

Pada tahun 2019, i-Sing World telah berlangsung di Stockholm, Sweden, dengan 47 negara di mana Malaysia menghantar 2 peserta, iaitu, Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan

Mohamad memperoleh tempat kedua dalam kejohanan tersebut diikuti  dengan Nadia di tempat ketiga. 


Throwback... Ketika Shafiq Ikhwan diumumkan juara i-Sing World di Perancis.


Berikutan itu, pada tahun 2020, setelah Rythymis Mines mendapat hak untuk menganjurkan kejohanan i-Sing Dunia yang ke-4 di Kuala Lumpur dalam satu perjanjian yang ditandatangani pada bulan Mac 2020, penganjuran terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 apabila pintu sempadan negara ditutup.

“Kini, baharulah kami dapat meneruskan kembali pertandingan untuk mencari juara i-Sing World 2022 daripada lebih 20 negara yang telah mengesahkan penyertaan mereka, “ sambung Michael selaku penganjur.

Menurut Michael Samy, selain tumpuan kepada pertandingan nyanyian, para peserta akan dibawa ke beberapa destinasi tumpuan pelancong yang popular sekitar Kuala Lumpur.

“Bahkan mereka akan disajikan dengan pelbagai makanan Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum di kota kosmopolitan ini,” tambah Michael sambil memaklumkan peserta juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui pertandingan ‘Pakain Tercantik’ ketika mereka tampil di pentas pertandingan kelak.


Michael Samy.
Sementara itu, Kamal memberitahu, sebahagian daripada hasil kutipan majlis makan malam ‘i-Sing Dunia’ yang akan berlangsung di Hotel Royal Chulan Damansara akan disalurkan kepada tabung Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di bawah pimpinan Dato Freddie Fernandez.

“KARYAWAN menyokong penuh usaha penganjuran ‘i-Sing World’ ini dengan harapan dapat mencungkil bakat baharu dalam arena muzik tempatan sehingga dikenali pada peringkat antarabangsa sekali gus mempromosikan Malaysia pada mata dunia,” ujar Kamal Kasim.


Kamal Kasim.


Dalam pada itu, barangkali ada yang tertanya-tanya apakah makna di sebalik nama yang dipilih penganjur iaitu i-Sing?

Untuk maklumat, ‘i’ dalam jenama tersebut bermaksud diri peserta dan juga melambangkan kedudukan antarabangsa iaitu ‘international’.

“Sing” pula adalah minat dan kecenderongan seseorang itu dalam kerjaya menyanyi. 

Oleh itu, “i-Sing” memberi peluang kepada seseorang itu untuk menonjolkan bakat nyanyiannya ke pentas dunia sekali gus membawa rasa kebanggaan kepada diri di atas bakat dimiliki. - KitaReporters


'i-Sing World' 2018  di Perancis.


11
18
0
12
0
You will be interested